Written by Bella | October 7th, 2016

Anggota kumpulan nasyid popular Brothers, Mohd Salled Mohamed Deril telah disahkan meninggal dunia pada jam 3.25 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Menurut rakannya Zulfadhli ataupun Ah Fad daripada kumpulan Raihan, Salleh dikatakan meninggal dunia akibat darah tinggi dan serang jantung selepas dimasukkan ke PPUM pada hari Rabu lepas.

Dia mengalami darah tinggi dan sakit jantung sudah lama dan pada Ahad lalu arwah dimasukkan ke Hospital Klang kemudian semalam (Rabu) dia dipindahkan ke PPUM kerana keadaannya semakin kritikal dan koma.

Saya tidak berkesempatan berjumpa dan hanya dapat berbual dengan Allahyarham di telefon sahaja ketika dia di Hospital Klang.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumimkan di kampung halamannya  di Kampung Seri Tiram Jeram, Kuala Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang cahaya mata.

Selain Salleh, Brothers yang terkenal sebagai kumpulan nasyid kontemporari, turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz.

Takziah kepada keluarga Salleh. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah..

Sumber Berita : mStar Online

9 responses to (TAKZIAH) Salleh Brothers Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

  1. Alfatihah salleh brothers

    2

    0
  2. Custom MY says:

    Salam takziah, dan alfatihah buat salleh Brothers. Kenangan anda tetap bersama kami. Terima kasih

    1

    0
  3. encikshino says:

    salam takziah kepada keluarga arwah salleh brothers

    0

    0
  4. Ami says:

    “Kan kuutuskan salam ingatanku
    Dalam doa kudus ku sepanjang waktu
    Ya Allah bantulah hamba-Mu”

    Tiba tiba teringat lirik ni. Al-Fatihah. Moga semua dosa dosa arwah di ampun kan dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Ameen. Salam takziah buat keluarga.

    4

    0
  5. Nah Kau! says:

    Alfatihah abg Salleh..
    *mcm muka Nara plak kan..kan..kan..
    tapi hansem sikit lg arwah ni…

    1

    0
  6. biarbetik says:

    Alfateha…Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya, Amin.

    1

    0
  7. innalillahiwainnailaihi rajiun

    0

    0
  8. Kak Jah Haron says:

    Alfateha … Ada akak simpan CD nya suara arwah ni antara yg terbaik dari industri NASYID

    0

    0
  9. “Kan kuutuskan salam ingatanku
    Dalam doa kudus ku sepanjang waktu
    Ya Allah bantulah hamba-Mu”

    Tiba tiba teringat lirik ni. Al-Fatihah. Moga semua dosa dosa arwah di ampun kan dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Ameen. Salam takziah buat keluarga.

    0

    0