Written by AbangNara | September 10th, 2014

Impian setiap pasangan suami isteri sudah tentu ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang dimurahkan rezeki dan lebih awal apabila disahkan mengandung pada awal perkahwinan. Namun ada juga yang diberi ujian seperti tidak hamil bertahun-tahun atau mengalami keguguran. Salam takziah Abang Nara ucapkan kepada Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof kerana disahkan mengalami keguguran pada Ramadhan yang lalu. Semoga tabah dengan dugaan ini.

puteri sarah liyana keguguran

Namun Abang Nara respek dengan Puteri Sarah Liyana kerana melihat keguguran ini dari segi positif. Kata isteri Syamsul Yusof ini menerusi Berita Harian:-

Bukan rezeki saya. Insya-Allah saya dan suami akan terus berusaha melahirkan zuriat sendiri. Saya nak minta semua yang baca cerita ini terus mendoakan saya dan suami. Saya tak rasa sedih dengan ujian ini dan saya percaya ada golongan isteri di luar sana yang melalui fasa yang sama.

Ibu saya sendiri pernah melalui fasa yang sama. Katanya lagi, keguguran ini satu proses untuk menguatkan rahim kita. Suami saya sendiri cukup menyokong dan percaya akan ada rezeki kami lagi pada masa mendatang untuk mendapatkan anak.

Keguguran ini sebagai petanda saya boleh mengandung. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi mengandung lepas ini, siapa tahu saya boleh dapat anak kembar pula. Lagipun dalam sejarah ibu dan bapa saya, ada kembar yang dilahirkan.

puteri sarah

Insya Allah murah rezeki dikurniakan anak kembar terus. Mesti meriah kelak. Sama-samalah kita doakan agar Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akan mendapat berita gembira tidak lama lagi. Amin.

11 responses to (TAKZIAH)Puteri Sarah Liyana Pernah Alami Keguguran

  1. nok gebuzzz says:

    tak pe….mungkin bukan sekarang rezeki utk mendapat cahaya mata…..Inn sya allah di masa akan dtg….jgn risau

    0

    0
  2. YEKE says:

    In Sha Allah. Rezeki anak ni Allah yang tentukan. Kita manusia usaha tanpa jemu dan doa pada Dia.

    0

    0
  3. LISA SURIRUMAH says:

    LISA SURIRUMAH SUKA TGK PSANGAN NIII.. SUWEEEETTTTT..

    0

    0
  4. Ummu Maryam says:

    Masha-Allah. inilah manisfestasi keredhaan terhadap ketentuan Allah iaitu sabar, berfikiran positif dan bersangka baik terhadap Allah ketika menerima musibah. Semoga Allah menggantikan zuriat yang soleh lagi cantik kepada sarah atas kesabarannya.

    0

    0
  5. Ibu Merah@5469 says:

    InsyaAllah..semuga dikurniakan cahaya mata dlm masa yang terdekat ini. Amin.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    kesiannya.. :(

    0

    0
  7. vee says:

    insyaAllah ada rezeki nanti :)

    0

    0
  8. yatipuad says:

    Kita mengalami perkara yang sama..sabar ye..ALLAH swt Maha Mengetahui..sesungguhnya kesabaran itu indah..mohon semua mendoakan yang baik2 moga memperolehi zuriat yang sempurna & sihat selepas ini, amiiinnnn!!!

    0

    0
  9. zz20 says:

    Jawapan yang sangat matang kot. Kalau artis lain tu aku rasa memang meroyan habis dah. Takpa Sarah. InsyaAllah, suatu hari yang indah nanti Allah akan kurniakan rezeki anak buat Sarah & Syamsul :)

    0

    0
  10. shaz says:

    sabar ye sarah…sy pun pernah lalui perkara yg sama…gugur semasa mengandungkan anak yg ke 2…Alhamdulillah, skg dh disahkan pregnant lg…jgn risau..rezeki anak milik ALLAH…jgn sekali2 putus asa & yakin dgn rahmatNYA…mudah2an ada rezeki lg nt, InsyaALLAH, aamiin… =)

    0

    0
  11. kiambang says:

    Takziah, tapi dah jadi tren..kdg semua artis nak bgtau gugur walaupun kdg bukan gugur..tp haid lambat.sebaiknya apabila gugur,jgn diheboh,cukup keluarga terdekat tau,banyak berdoa kpd Allah.
    Anwway..bersabarlah wpun adakalanya lg kuat sbr lg banyak dan kuat ujiannya. :)

    0

    0