Written by Bella | May 30th, 2015

Setelah hampir 3 bulan diserang penyakit angin ahmar, ibu kepada pelakon Johan As’ari, Datin Firdaus Abdul Kader telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu. Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jenazah Allahyarhamah telah dimandikan dan dikafankan di Institut Kanser Negara  dan selepas itu dibawa pulang ke rumah dan dikebumikan di Masjid Al Irsyad USJ 1 selepas solat asar.

Allahyarhamah telah diserang penyakit angin ahmar ketika sedang berehat di kediamannya di Subang Jaya dan dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan susulan.

Johan dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan ibu beliau menderita kanser tulang peringkat empat dan dipindahkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya sejak tiga minggu lalu.

Takziah kepada keluarga Johan As’ari, semoga roh Datin Firdaus Abdul Kader dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber Berita: mStar Online

16 responses to (TAKZIAH) Ibu Johan As’ari Meninggal Dunia

  1. Fizah baju kurung says:

    Takziah lah ya .

    0

    0
    • Anonymous says:

      Al fatihah…Nara tukar la ruangan komen ni. Tak boleh masuk emoji:(

      0

      0
    • Eton says:

      Kalau kanser tulang dlm bahasa Omputih apa ha? Kalau kanser darah akak tau…lukemia. Semoga tabah.

      0

      0
      • Sophea Loren says:

        Kanser tulang ada banyak jenis. Osteosarcoma, Chondrosarcoma, Ewing’s Sarcoma, Chordoma dan Spindle Cell Sarcoma.

        0

        0
  2. Sabar says:

    Takziah tuk johan skluarga.Al Fatihah tuk aruah bonda.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Johan ni, sempat lagi berselfie. Takmo la camtu.

    0

    0
  4. missy says:

    osteosarcoma laa kak eton

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tula..tak paham pulak kena mengenanya maklumkan pmergian ibu dgn gmbar selfie.

    0

    0
  6. minah jambu terlajak habis says:

    semoga di tempatkn dlm golongan orang2 yg beriman dan di sayangi Allah amin..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Sempat lagi selfie ketika ibu meninggal ????

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Zaman skrg,, selfie sempat,, update status punn sempat… Tak fhm aku,, dhlaa muka johan kat ctu menakutkan aku… Ape2 punn takziah…

    0

    0
  9. Enterprame says:

    Tengok muka johan teringat lana nodin…tengok muka lana teringat johan..semoga semua bahagia

    0

    0
  10. asdfghkl says:

    the editing tho..hahahahahaha

    0

    0
  11. xoxo says:

    Muka Johan dh mcm sugar glider dlm gamba, seram.. Apa2 pn alfatihah..

    0

    0
  12. Xoxo1234 says:

    muka Johan dh mcm sugar glider dlm gambar, seram.. Apa2 pn alfatihah buat ibu Johan

    0

    0
  13. neena says:

    kalau tak silap dia pakai contact lens ke.yg bigger eyes.aduss.Sbb mata jd besar.patut la ko cakap jd sugar glider.Sbb jd comel plak.huhu

    0

    0