Written by Bella | January 6th, 2016

Takziah buat penyanyi Elyana yang baru sahaja keguguran anak keduanya yang berusia 7 minggu didalam kandungan.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Elyana menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Selamat jalan anak syurga..Tunggu bonda di sana. #7weeks #miscarriage

Elyana juga mengesahkan berita tersebut melalui portal Media Hiburan dan mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Ya betul, terima kasih. Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya.

Elyana telah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah pada 27 Ogos 2011.

Kami harap Elyana kekal tabah dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. InshaAllah, mungkin selepas ini Allah SWT akan bagi rezeki lain buat anda sekeluarga.

Sumber Berita: Media Hiburan

5 responses to (TAKZIAH) Elyana Keguguran Anak Kedua

  1. noni says:

    Takziah utk elyana.. saje nak tanya. Mane hilang semua gosip fazura yg di senaraikan top 10 gosip?

    0

    0
  2. Anonymous says:

    cantik dia…

    0

    0
  3. Rita Rudataikk says:

    takziah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Takziah……….cantik anak El…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ank die comel…

    0

    0