Written by Bella | February 6th, 2016

Pernah mengalami keguguran sebelum ini, Azza memberitahu beliau sekali lagi diduga apabila keguguran buat kali keempat selepas disahkan hamil enam minggu.

Buat Azza, beliau redha dengan ketentuan Allah SWT dan mempercayai beliau masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata bersama suami Azlan Zulaily.

Jelas Azza, antara punca beliau keguguran adalah kerana terlalu letih melakukan kerja berat.

Saya anggap semua ini ujian yang akan terus menguatkan diri. Belum rezeki saya untuk menjadi ibu. Suami juga sangat kuat berdepan apa yang dilalui ini. Insya-Allah kami akan terus mencuba.

Kebetulan pada 31 Januari lalu saya ada tugas mengacara di Putrajaya. Tidak elok pula rasanya jika hendak ditolak tawaran itu kerana saya sudah mengesahkannya sejak awal. Bagaimanapun saya percaya, ia memang bukan rezeki saya lagi. Malahan, sebelum itu pun ada berlaku pendarahan juga seperti fasa mengandung sebelum ini.

Siapa yang tidak sedih apabila setelah sekian lama menginginkan anak dan tiba-tiba kejadian seperti ini berlaku bukan?. Namun Azza tidak mahu terus bersedih dan ingin kembali aktif berlakon.

Pada masa yang sama Azza turut meluahkan hasratnya  untuk menjejakkan kaki di kota suci Mekah bagi memohon doa agar dapat menimbang zuriat di sana.

Takziah buat Azza dan suami, Allah SWT itu tahu anda seorang yang kuat sebab itu beliau menguji anda dengan dugaan ini agar anda terus kekal tabah dan bersabar. InshaAllah, jangan putus asa dan berdoa pasti satu hari nanti Azza akan diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu. Aminnn..

Sumber Berita: BH ONLINE

7 responses to (TAKZIAH) Azza Elite Keguguran Buat Kali Keempat

  1. Anonymous says:

    First!

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ni mesti Baja tak baik la babtu asek asek gugur aje..

      0

      0
      • You saka pergi jauh2 says:

        Minahjambu, kita xtau penyebab sbnrnya. Sembang kencang macam ko tau smua je kan. Jangan kata2 kita hari ni berbalik kepada diri kita sendiri esok. Hati2 dalam berkata2, mgkin boleh mghiris perasan azza atau pasangan lain yg sedang menunggu zuriat juga.

        0

        0
  2. Aku says:

    Second

    0

    0
  3. Anonymous says:

    semoga kak azza kekal tabah… mak saudara saya dah dkt 5/6 tahin kahwin … tak mengandung lagi.. tapi untung kak azza dapat rasai seketika walaupun keguguran… sy doakan kak azza melahirkan zuriat soleh dan solehah..doakan mak saudara yee.. tolak tepi lakonan bcoz too heavy.. kot..n dapat menjejaki ke tanah suci makkah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Cubelah perubatan cara Islam pula. sebb mmg ada perempuan yang sering gugur kerana ada jin yg suka duduk di rahim perempuan dan makan benih2 yang ada..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Takziah azza, mgkin ada hikmah disebalik smua yg berlaku. Allah nak bg yg lebih baik lagi rezeki utk azza. Letih tu cuma asbab shj. Doakan sy juga utk dapat hamil. Azza beruntung kerana dpt juga rs pngalaman mngandung. Sy blom pernah sekali pun lagi dalam tempoh hampir 10 tahun perkhawinan ni. Tcare azza.

    0

    0