Written by AbangNara | June 14th, 2017

Kanser. Semua orang tak nak kena kanser. Simpang malaikat 44. Tapi bila disuruh pergi “cancer screening’, macam-macam alasan diberikan. “Takut la”, “aku muda lagi”, “mahal sangat” dan “family aku tak pernah kena kanser la”.
cancer typeTahukah anda apabila anda memberikan alasan sebegitu dan tidak pergi menjalani “cancer screening” ia bermaksud anda kejam pada diri sendiri? Kenapa Abang Nara cakap kejam? Meh sini Abang Nara bagi sikit fakta tentang kanser untuk tatapan anda:-

1. 1 daripada 20 wanita Malaysia berkemungkinan mempunyai kanser payudara

Sekiranya anda adalah seorang wanita, anda berkemungkinan untuk mempunyai kanser payudara. Tak kiralah anda rajin bersenam ke, badan sihat tak pernah demam ke, sentiasa amalkan gaya hidup sihat ke, Kemungkinan itu tetap ada.

2. Kanser termasuk di dalam “top 3” punca kematian di hospital Malaysia

Berdasarkan satu kajian oleh Kementerian Kesihatan, didapati kanser berada di tempat tiga teratas menjadi punca kematian rakyat Malaysia. Tak kiralah kanser paru-paru ke, kanser prostat ke, kanser payudara ke, kanser darah ke. Top 3 tue. Dasyat sungguh.

3. Teknologi rawatan kanser dah semakin canggih

Kalau dulu jika kita disahkan menghidap kanser, memang terasa gelap dunia. Tak ada semangat nak teruskan hidup dah. Namun dengan kecanggihan teknologi perubatan sekarang, kanser boleh dirawat. Macam-macam jenis rawatan seperti Immunotherapy, targeted therapy, Chemotherapy dan radiotherapy yang telah dimajukan kini disediakan di hospital
kanser screening

4. Jika dikesan awal, kanser boleh dirawat

Buangkan rasa takut anda untuk pergi “cancer screening” dan beranikan diri untuk pergi hari ini jugak. Sebabnya lagi awal kanser dikesan, lagi mudah untuk ia dirawat. Orang kata “early detection saves lives”.

5. “Cancer screening” tak mahal mana

Mungkin ada yang tak nak pergi “cancer screening” sebab beranggapan ia mahal. Ish,ish,ish. Kalau tak tahu, memang kita akan ingat mahal. Untuk makluman, KPJ Healthcare kini sedang menjalankan “cancer screening” di hospital-hospital mereka seluruh Malaysia dengan harga RM159 sahaja. Memang berbaloi-baloi untuk mengetahui status anda. Amat rugi kalau tak rebut peluang ini.
kanser screening
Untuk makluman, ada 3 jenis ujian yang boleh dilakukan ketika “cancer screening” ini iaitu early detection tests, preventive screening tests dan juga genetic screening test. Anda tak perlu risau tak tahu nak pilih mana satu. Mereka yang pakar di KPJ Healthcare akan bimbing anda. Anda cuma perlu book appointment di http://www.kpjhealthcancer.com sahaja.
kpj cancer screeningSekiranya selepas “cancer screening” ini keputusannya ialah tiada sel kanser di dalam badan anda, maka bolehlah menarik nafas lega dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun andainya disahkan anda ada sel kanser, tak perlu nak menangis, meratap dan meraung. Doktor-doktor di KPJ Healthcare akan membantu anda untuk mendapatkan rawatan yang terbaik. Mereka akan bagi khidmat nasihat dan langkah seterusnya yang harus anda ambil. Sekurang-kurangnya dengan “early detection” ini, anda berkemungkinan untuk bebas kanser selepas rawatan.

Apa-apa pun jangan jadi seorang yang penakut. Jadilah seorang insan yang berani dan pergi ke “cancer screeening” di KPJ Healthcare seluruh Malaysia hari ini juga. Harga cuma RM159 sahaja. Murah sangat-sangat. Maklumat lanjut http://www.kpjhealthcancer.com. Selamat mencuba!!!

Leave a Comment

Optional