Takkan Saya Perlu Minta Sedekah Untuk Dapatkan Duit Sendiri – Awal Ashaari

Hiburan

Takkan Saya Perlu Minta Sedekah Untuk Dapatkan Duit Sendiri – Awal Ashaari

Kerja dah siap, duit tak dapat-dapat. Sedih sungguh nasib yang menimpa Awal Ashaari ini. Tugasanya selaku pengacara program realiti The Band telah lama selesai, namun produksi program tersebut masih belum menjelaskan baki bayarannya. Bukannya seminggu dua, tetapi sudah 3 bulan program tersebut tamat tayangannya di Astro. Mesti pening kepala Awal Ashaari memikirkan bayarannya yang tak kunjung tiba.

awal ashaari

Advertisement

Apa yang lebih memelikkan ialah selebriti-selebriti lain yang terlibat dengan program The Band telah menerima bayaran masing-masing. Hanya Awal Ashaari sahaja yang tertinggal. Kata Awal Ashaari menerusi Mstar Online:-

Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit. Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya. Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

Takkan saya perlu meminta ‘sedekah’ untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu. Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh

awal ashaari

Diharap dengan keluarnya keluhan ini, pihak yang terbabit akan menyegerakan pembayaran kepada Awal Ashaari. Tak baik buat macam ini. Lebih-lebih lagi apabila semua kerja dah selesai dilakukan. Apa pun, Abang Nara percaya yang tak lama lagi Awal akan mendapat bayarannya. Insya Allah ada rezeki ‘baby’. Jangan sampai kena bawa ke mahkamah sudahlah. Nanti lagi complicated jadinya.

P.S: MP Kuching persoal main lagu Negaraku di pawagam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...