Tak Sangka Selepas Kontroversi GST Saya Lebih Dikenali – Mawar Rashid

Hiburan

Tak Sangka Selepas Kontroversi GST Saya Lebih Dikenali – Mawar Rashid

Masih ingatkah anda dengan jawapan kelaut Mawar Rashid apabila ditanya apa itu GST? Betullah kata orang, publisiti negatif tetap adalah satu publisiti. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Oleh kerana video tersebut, Mawar Rashid mengakui namanya lebih dikenali atau dalam erti kata lain, semakin popular. Daripada langsung tak dikenali, Mawar Rashid mendapat banyak tawaran lakonan selepas kontroversi tersebut.
mawar rashid

Kata Mawar Rashid:-

Advertisement

Tidak sangka pula kontroversi negatif itu mendatangkan banyak perkara positif dalam hidup saya. Saya ingin tegaskan bahawa kenyataan yang saya berikan ini bukan bermaksud saya berbangga tapi sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Tidak sangka selepas rakaman menjawab soalan itu menjadi viral, saya lebih dikenali. Secara tidak langsung, ia membantu saya terutamanya dalam perniagaan kanta lekap yang saya usahakan.

Ia memberikan lebih rezeki termasuklah tawaran berlakon. Perkara negatif itu mendekatkan saya dengan ramai orang. Malah kebanyakan mereka sudah nampak dan mula berkata walaupun ada yang menganggap saya kurang bijak tetapi sebenarnya saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam apa saja bidang yang saya ceburi.

Orang yang berhasad dengki saja yang masih terus beranggapan buruk terhadap saya. Namun setakat ini, lebih banyak orang memberi sokongan. Saya akui bukanlah pandai sangat apabla mula menyertai industri hiburan ini, apatah untuk menjawab perkara yang saya tidak pernah alami.

Apa yang berlaku adalah pengalaman pertama dan setiap kesilapan yang berlaku itu saya perbaiki dan bangun kembali. Saya masih muda dan saya percaya kalau kita berusaha dari sekarang dan sentiasa positif, segalanya akan menjadi baik dan lancar.

mawar rashid

Walaupun dikecam kerana ketidaktahuannya tentang GST selepas video itu menjadi viral, nampaknya Mawar Rashid kini boleh tersenyum riang dengan populariti yang dikecapi. Mungkin selepas ini artis-artis baru yang kurang popular boleh mencuba cara ini untuk mengecap publisiti secepat mungkin. Untung-untung boleh boleh popular sekelip mata. Apa pun, semoga Mawar Rashid belajar dari kesilapan dan banyakkan membaca selepas ini. Jangan asyik tengok Facebook dan Instagram je. Pengetahuan am kena tambah juga dari masa ke masa. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...