Tak Sangka Abang Nara Rupanya Seorang Indie Kid ~~

Hiburan

Tak Sangka Abang Nara Rupanya Seorang Indie Kid ~~

Semalam selepas meraikan kemenangan Malaysia bergelar juara Piala AFF Suzuki, Abang Nara pun berjalan-jalanlah di dunia siber untuk meraikan kemenangan. Tiba-tiba Abang Nara terfikir satu idea yang bernas. Abang Nara nak tukarkan caller ring tone handphone Abang Nara kepada lagu “Malaysia Boleh”. Maka dengan pantasnya Abang Nara terus masuk website Channel X.

channelx

Advertisement

Abang Nara terus terkagum sekejap. Rupanya website Channel X nie dah berwajah baru. Nampak smart gila-gila punya. Nampak lebih segar dan lebih remaja gitu. Memang sesuai untuk orang yang berjiwa muda macam Abang Nara nie (walaupun umur sebenar dah agak tua). Tiba-tiba Abang Nara ternampak sesuatu yang menarik dalam website Channel X nie.

channelx

“What Is Your Music Personality?”. Nampak macam menarik boleh tahu apa jenis muzik yang Abang Nara suka. Selama nie Abang Nara layan semua jenis muzik. Dangdut pun layan sambil membuat goyangan gerudi. Lagu omputih pun boleh jugak nyanyi sikit-sikit. Dan semestinya Abang Nara suka dengan lagu Dato’ M. Daud Kilau. Dengan rasa teruja, Abang Nara klik banner tersebut dan dibawa ke “website What Is Your Music Personality?” nie.

channelx

Kali ini Abang Nara bakal tahu apakah jenis personaliti muzik diri ini sebenarnya. Mari kita cuba jaya benda ini.

channelx

Oooo. Dia tanya Abang Nara berapa banyak Abang Nara suka lagu Eminem ngan Rihanna nie. Ala lagu rap “Love The Way You Lie” tue. Tipulah kalau korang tak tahu kan? Disebabkan Abang Nara memang minat kat Rihanna, maka abang Nara pilih 4 sebagai jawapan. Kira dah habis suka la tue.

channelx

Alamak dia tanya suka ke tak lagu “I Need You Now” nie. Ish-ish. Ada ke tanya soalan macam nie. Confirmlah Abang Nara akan pilih 5 sebagai jawapannya. Memang suka bangat dengan lagu sentimental macam nie. Kata dalam hati ada taman. Tak gitu?

channelx

Maka pilihan lagu terakhir yang diberikan ialah lagu Tik Tok dari Keisha. Lupa nak bagitau yang personaliti muzik kita akan ditentukan melalui 3 pilihan lagu. Abang Nara tak suka sangat lagu Tik Tok nie. Macam lagu kat disko je. So Abang Nara bagi 2 je kat dia. Maka marilah kita tengok apakah personaliti muzik Abang Nara ~~~ Jeng-jeng ~~

channelx

Yes ~~~ Rupanya Abang Nara seorang budak Indie. Patutlah Abang Nara memang layan lagu Bunkface, Hujan dan Yuna. Jiwa ini jiwa Indie rupanya. Tak ku sangka sungguh. Tambah menarik, application What Your Music Personality nie ada suggestkan lagu-lagu yang mungkin sesuai dengan jiwa Indie Abang Nara.

channelx

Inilah masanya untuk korang semua check apakah muzik personaliti korang. Mungkin selama ini korang ingat korang nie mamat/minah rockers ataupun mamat/minah heavy metal. Tapi sebenarnya dalam hati korang ada tersembunyi jiwa sentimental. Hanya dengan menggunakan application What Is Your Music Personality inilah baru korang boleh tahu apa yang tersimpan di benak hati korang tue. Korang jugak boleh try application nie kat Facebook time bosan-bosan.

Jangan lupa yang anda semua boleh download Wallpaper, Caller Me Tones, Ringtones dan Screensaver. Semuanya ada di website Channel X. Tunggu apa lagi. Serbu sana sekarang jugak ~~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...