Tak Salah Saya Kawan Rapat Dengan Redza, Kami Masih Solo – Ayda Jebat

Hiburan

Tak Salah Saya Kawan Rapat Dengan Redza, Kami Masih Solo – Ayda Jebat

Dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Redza Rosli, Ayda Jebat nampaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mereka benar-benar ditakdirkan untuk menjadi pasangan kekasih. Padanya, hubungan rapat beliau dan Redza bukanlah satu isu besar kerana kedua-duanya masih lagi solo.

Advertisement

Rasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan ‘sekepala’ (sama perangai) dengan saya. Saya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami.

Ayda merasa selese berkawan dengan Redza dan faktor usia mereka yang sebaya menguatkan lagi keserasian antara mereka berdua.

Pada masa yang sama, Ayda tidak menafikan bahawa foto mesra mereka yang dimuat naik di akaun Instagram menimbulkan salah faham tentang hubungan mereka.

Saya menyenangi dan selesa berkawan dengan Redza. Kebetulan, tarikh lahir saya pada 17 Mac dan dia pula 18 Mac. Tarikh lahir kami dekat sangat dan umur pun sama, patutlah perangai sama. Mungkin sebab itu juga ketika di set (penggambaran) kami suka buli dan bergurau antara satu sama lain. Keserasian kami itu agaknya menimbulkan salah faham.

Bak kata orang tua-tua, daripada kawan boleh jadi kekasih. Kalau keserasian dah ada, tidak salah untuk cuba melangkah ke fasa lebih serius.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...