Hadir ke sebuah majlis berbuka puasa dengan baju berwarna hijau muda sedondon dengan penyanyi Shahir, primadona filem Melayu, Erra Fazira mendapat perhatian netizen yang menganggap perkara itu agak manis kerana mereka dikatakan sedang hangat bercinta kini. Rata-rata peminat mendoakan agar Erra dan Shahir ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.
Walaubagaimanapun, Erra memberitahu beliau dan Shahir sebenarnya tidak merancang untuk memakai baju sedondon.
Saya tidak pernah merancang untuk pakai pakaian yang berona sama ke majlis tersebut. Pembantu saya telah ‘membakar’ tudung yang sepatutnya saya pakai ketika menggosok. Jadi, saya pakai sahaja tudung warna hijau tua. Saya pun tak tahu dia pakai baju warna sama. Saya okay sahaja bila perkara ini berlaku, dah jadi kan.
Apa-apa pun, kami juga turut mendoakan yang terbaik buat hubungan Erra dan Shahir. Semoga mereka berdua ada jodoh bersama.