Written by AbangNara | September 22nd, 2016

Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad satu ketika dahulu pernah bercinta namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Kini Saharul Ridzwan sudah pun bergelar suami kepada Deena Emir. Perkahwinan mereka telah pun berlangsung minggu lalu. Peliknya, ketidakhadiran Mia Ahmad ke kenduri Saharul Ridzwan telah menimbulkan spekulasi dan pandangan negatif daripada peminat. Ada yang menggelarkan Mia Ahmad tidak profesional, mahu mengelak dan masih berasa kecewa kerana bekas kekasihnya sudah berkahwin.

mia ahmad

Enggan membuatkan peminat tertanya-tanya, akhirnya Mia Ahmad tampil menjawab isu ini. Rupa-rupanya Mia Ahmad tidak dijemput oleh Saharul Ridzwan ke majlis perkahwinan tersebut. Kata Mia:-

Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?

Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.

Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah ‘naik’ pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat.

mia ahmad

Bagi Abang Nara kalau orang dah tak jemput, buat apa kita nak hadir kan? Walau dijemput sekali pun, tak datang pun tak apa sebab kenalah jaga hati dan perasaan isteri Saharul Ridzwan. Kadangkala para peminat ini memang over dan suka membuat spekulasi sendiri. Kesian Mia Ahmad. Tak apalah. Untuk makluman, Mia Ahmad kini sedang bercinta dengan penjaga gol JDT. Nanti kalau Mia kahwin, korang jangan buat-buat tanya pulak kalau Saharul Ridzwan tak datang. Faham-faham sendirilah. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Tak Dijemput Ke Kenduri Saharul Ridzwan, Mia Ahmad Perjelas Isu Ketidakhadirannya

  1. Anonymous says:

    Hilang sume komen?

    0

    0
  2. Ex aku kawen orang lain says:

    Tak faham la dgb mentaliti masyarakat skg. Dia punya suka la nak datang ke tak even dijemput pon. Saharul punya pasal la nak jemput ke tak. Kalau jemput ex dtg kenduri kahwin tu kira profesional la ae. Ngoks.

    0

    0
  3. Anon says:

    ya allah tak habis2 lagi ke cerita pasal wedding sr ni? hritu viral sebab bini dia cantik pastu cameraman dia handsome pastu ni…. ex gf tak datng. plsssss lah. penat wehh. takde cerita lain ke? dia punya suka lah nak datng ke tak!! dah tak kene jemput, takkan nk datng pulak? haram weh datang majlis org tapi tak kene jemput lagipun mia pun dah bahagia skrg ngan miji so harap semua peminat2 hati perempuan & SrMa, movee on! terima je hakikat diorang takde jodoh..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Bc gossip2 kat msia ni..ak rs mcm krik3 sgtt…

    0

    0
  5. asdfghjkl says:

    Benda kecik ni pun nak jadi issue. Takda masalah pun kalau tak pergi walau dijemput. Kena jaga hati bini dia jugak. Pastu nanti kalau Mia pergi orang cakap tak malu datang wedding ex boyfriend, orang dah taknak tu taknak la, terhegeh hegeh. Sampai bebila tak habis la

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    eh!ingat kat komen hans tadi jer hilang…kat sini pon hilang…ingat abg nara delete…

    0

    0
  7. jujur says:

    kite rasa x perlu la nak melebih2..x payah la nak huru hara kan hidup org lain, org tu x de bunyi nape mesti nak bukak citer org tu. x pyh la nak perbesarkan..silap haribulan merana plakss jdnye..jgn kite bkk citer bukan2..cuba cari info lain..buat cite mcm ni boleh jatuh fitnah tau..besar dosanya..ingat2 la..peace

    0

    0
  8. Huhu says:

    Org dah berkahwin dah pun.. Biasalah kehidupan ni akan jumpa mcm2 orang.. Ada fasa2 dia.. Ups and down sementara nak jumpa jodoh sebenar..Yang kawan org sangkakan girlfriend.. Dan macam2 lg.. Bile org dah kahwin tak perlu la nk dikeluarkan lg cerita2 lama x kira la cerita betul ke tidak.. Jaga hati org sekeliling..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Lagi satu, mcm x pernah dgr pulak dorg ni declare pernah bercinta bagai. Sekadar berlakon bersama..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Kadang2 tgk peminat yg over acting.. Suruh bersabar la ape lah.. Biarkan berlalu pergi lah ape lah.. Padahal nth2 xde ape pun antara artis tu itself.. Peminat je yg beriya2 nk satukan hero heroin drama dorg jd kenyataan kat luar.

    0

    0