Tak Bercuti Ke London Bukan Sebab Muflis – Shaheizy Sam

Hiburan

Tak Bercuti Ke London Bukan Sebab Muflis – Shaheizy Sam

Sekiranya anda mengikuti akaun sosial isteri Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin, pastinya anda mengetahui bahawa mereka sekeluarga kini berada di kota London. Namun Shaheizy tidak turut serta. Ketidakpemergian Shaheizy Sam menemani isteri dan anaknya telah menyebabkan netizen menyangka bahawa status muflis pelakon itu menyebabkan dia tidak boleh terbang ke luar negara. Untuk makluman, LHDN telah mengeluarkan notis muflis kepada Shaheizy Sam kerana tidak membayar cukai pendapatan.

shaheizy sam

Advertisement

Enggan membiarkan netizen berteka-teki, Shaheizy Sam telah tampil memaklumkan sebab sebenar dia tidak terbang ke London. Kata Shaheizy Sam:-

Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi. Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri.

shaheizy sam

Semoga dengan penjelasan ini, para netizen tidak membuat tanggapan salah kepada Shaheizy Sam. Untuk makluman, Shaheizy Sam mempunyai masa sehingga 15 Februari 2018 untuk menyelesaikan cukai tertunggak sebanyak RM300,000. Semoga berjaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...