Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong

Hiburan

Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong

Bijak juga tuan rumah yang Yassin SYJ menyewa ini. Tidak mendapat tunggakan sewa lebih daripada RM30,000 daripada Yassin, tuan rumah tersebut bertindak melelong barangan milik pelawak tersebut. Tindakan ini diambil selepas lebih kurang 5 bulan bersabar dengan Yassin yang enggan melunaskan sewa bulanan. Untuk makluman, rumah tersebut terletak di Damansara. Setahu Abang Nara Damansara memang tempat yang agak mahal sewanya.
swa

Walaupun nampak agak kejam tindakan yang dilakukan oleh tuan rumah ini, namun amaran sudah pun diberitahu kepada Yassin terlebih dahulu. Malah akibat kegagalan Yassin itu, tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu. Sekurang-kurangnya bila jual barang Yassin, dapatlah pulang modal sikit. Tak gitu?

Advertisement
yassin

antara barang milik Yassin

Apa pun, hutang perlulah dibayar. Tak kiralah hutang sewa rumah ke, hutang pinjam kawan ke atau yang sewaktu dengannya. Kesianlah kat orang yang kita berhutang itu. Dia pun nak guna duit juga. Semoga ada jalan penyelesaian antara Yassin dan tuan rumah sewanya. Sumber Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...