Written by AbangNara | December 13th, 2014

Satu lagi pasangan selebriti iaitu Yaya Maembong dan Wan Raja telah selamat bergelar suami isteri pada petang semalam. Mereka berdua telah diijabkabulkan dengan satu lafaz di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang. Yaya yang berusia 38 tahun telah menerima menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40 daripada Wan Raja, 37 tahun.

yaya maembong

Mereka berdua bakal berbulan madu di London di mana ia telah dihadiahkan oleh adik Yaya Maembong, Emma Maembong pada bulan Januari kelak. Kata Yaya menerusi Mstar Online:-

Insya-Allah kami akan berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini dan kemudian akan ke London. Itu merupakan hadiah istimewa yang diberikan oleh Emma dan Insya-Allah kami akan pergi awal tahun depan iaitu selepas Wan Raja selesai penggambaran drama

yaya maembong

Selamat pengantin baru diucapkan buat Yaya Maembong dan Wan Raja. Selamat menjalani kehidupan rumah tangga. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah!!!

16 responses to (TAHNIAH)Yaya Maembong Dan Wan Raja Selamat Diijabkabulkan Petang Semalam

  1. Olga says:

    semua suku sakat maembong ni jenis muka tua erk ?? :(

    0

    0
  2. hui says:

    umur da 38 thn patot lahh

    0

    0
  3. c sal says:

    tua ke?aku tengok diorang nih semua lawa2.
    bestnye mengutuk org kan olga.

    0

    0
  4. Olga mmg seorg pengomen yg lepas mulut…sebarang je cakap..kalau die tua pun at least die dah kawin..ade jgk org berkenan..olga tu xtaula dh kawin ke belum…takut2 tak laku je

    0

    0
  5. anti olga says:

    cemana olga nk kawen..dia pon keliru dgn jantina dia sendirik…dressing mcm pempuan…sekali suara garau daaa…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    pesen ape la artis ni….waktu nikah reti pulak nk tutup kepala….sanding bukak pulak kepala…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    x nk hipokrit nk ckp jujur…pengantin pompuan nmpk tua la…

    0

    0
  8. zarra says:

    Kayanya buat kenduri asing2. Baru jer kenduri kakak dia kawen dgn Chef Riz. Tak sempat ayah dia nak kire duit salam kaut dah kenduri lg skali pulak.

    Btw, adik beradik maembong ni semua retis2 sapu kasi licin dulu.

    0

    0