Written by AbangNara | February 19th, 2016

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Shukri Yahya dan Tya Adnan atas berita gembira ini. Tya Adnan telah pun disahkan hamil 3 bulan. Untuk makluman, Shukri dan Tya telah sah bergelar suami isteri pada 20 November 2015. Dijangkakan cahaya mata sulung pasangan sama cantik sama padan ini akan dilahirkan pada penghujung Ogos tahun ini.
tya adnan hamilTeringat pula memori ketika isteri Abang Nara disahkan hamil anak pertama. Excited tak ingat. Hehehe. Pastinya perasaan itu sedang dialami oleh Shukri Yahya dan Tya. Paling penting di awal-awal kehamilan ini kena banyak berhati-hati. Kata Shukri:-

Saya bersyukur dan ini rezeki kami. Kami memang tidak pernah merancang dan bersedia untuk menimang anak bila-bila masa saja.

Saya memang teruja dan sangat gembira. Kami juga sudah membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya nanti.

Mulai sekarang saya yang banyak buat kerja rumah. Memandangkan dia masih alah pada bau, jadi saya tidak mahu dia kerja kuat. Saya juga tidak membenarkannya bergerak banyak.

tya adnan hamil

Semoga segalanya berjalan lancar buat Shukri Yahya dan Tya Adnan. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to (TAHNIAH)Tya Adnan, Isteri Shukri Yahya Kini Hamil 3 Bulan

  1. Anonymous says:

    Tahniah soon to be parents!

    0

    0
  2. busky says:

    tahniah… congrattt

    0

    0
  3. Batak says:

    Memori cinta suraya patut dihentikan segera tayangan kerana dialog mereka yg trlalu biadab n kurang ajar…

    0

    0
  4. AaronGosip says:

    Nikah 20 November 2015, hari ini 19 February 2016. So nak cakap bunting pelamin la ni? Wuuuuuuuuuuuuuuu. #husnuzon :)

    0

    0
  5. gatal tengkok mu says:

    Aku tak tau siapa manage website kau nara..tapi penuh iklan yang amat zabedah..lemas aku tau tak..tu belum pakai henpon lemau lagi, mau tergagau tekan butang tutup..woiiiiii betoi la

    0

    0
  6. suburnyer says:

    Kebetulan waktu subur la

    0

    0
  7. Mira filzah says:

    Cinta si wedding planner dh tamat huwaaaaaaaa boringnya kena la tunggu smbungannya dlm cinta si wedding planner raya…hehehe

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Ye ke bunting plamin?????

    0

    0
  9. musadun says:

    rezeki datang awal..alhamdulillah..btw, betul lah, iklan dalam blog ni makin menyusahkan user untuk baca artikel.

    0

    0