
Pergh. Gila kagum diri ini apabila mendapat tahu tiket Konsert Aizat di Wisma Bentley Music 29 Januari ini dah sold out. Yes, tiket sudah habis. Yillek. Tak ada dah. Memang meriah gila-gila sambutan yang diberikan. Tahniah kami ucapkan kepada Aizat atas pencapaian ini. Lagi 2 minggu konsert nak mula tiket dah habis dah.

Teringat kami masa Aizat mula-mula dulu kat AF. Tak ingat dah AF berapa tapi memang nampak ada bakat. Cuma badan Aizat ketika itu agak berisi. Keluar AF Aizat agak menyepi. Tapi selepas itu kembali dengan imej baru dan yang penting kembali dengan lagu-lagu yang mantap-mantap belaka. Fresh from the farm (terbaik dari ladang) kalau orang putih kata.
Sebenarnya Aizat boleh dijadikan kayu pengukur kepada artis-artis yang baru nak naik. Usaha itu tangga kejayaan. Ikhlas kami cakap, Aizat sememangnya berjaya kerana kerja kerasnya. Muka Aizat tak adalah handsome sangat (manis tue ada). Tapi hasil karya Aizat memang tip top. Kiranya rakyat Malaysia sekarang memang mementingkan mutu bukannya hanya memandang rupa. Kalau lagu sedap, confirm anda akan top.
Good job Aizat. Kami kagum dengan anda. Jangan lupa like Facebook Aizat ataupun pergi terus ke laman web rasmi Aizat untuk info terbaru tentang Aizat.

Hidden due to low comment rating. Click here to see.
anatar peserta AF yang berjaya dengan gerak langkahnya sendiri…..
gmbr tu tiang lampu kat genting???
weih.. tak kan genting je ada lampu cam gitu? adoi laaa..
neway, mokcik suke budak aizat nih. jenis cool je. siap gi AJL support kengkawan.
tapi apesal mokcik tak tau ada konsert die seblum nih? nak piiii jugggaaakkk
aizat……..ngeee… :-(
abg nara..bukan konsert la.ni SHOWCASE je. mcm ft wat kat hard rock cafe tu.
FINALIS ABPH 2010 DAH KUAR JOM KITA MENGUNDI =)
dah habis cepatnya.. heheh
xpe lah lain kalo ader leh p tengk
kalau dah berkaliber menyanyi dan mencipta lagu, mmg akan sold out punya.
Pergghhh…sold out tu. Tahniah Aizat.
Tahniah untuk Aizat dan juga KGE. Suka tengok gelagat Aizat yg agak gila2 sejak waktu AF lagi…walaupun masa tu badan dia agak berisi sedikit. Tapi takpe…yang penting bakat, bukan rupa dan bentuk fizikal semata2 kalau nak ceburi dunia hiburan ni. Sejak Aizat nyanyi lagu dendangan Anuar Zain masa AF dulu, dalam hati aku cakap, dia ni mesti fofular 1 hari nanti sbb ada suara dan berbakat. Walaupun terkeluar dari AF, ternyata Aizat mengegarkan dunia hiburan tanahair.
Kasi Gegarla Aizat…..
:-)
Syabas kpd peminat muzik d Malaysia kerana menyokong artis tempatan…
masa kat AF aku tak suka dia…tp pas dia kuar AF dh kurus and buat lagu sedap2 belaka….aku minat giler kt dia nih……ngeh ngeh…..dlu aku pon x suke black kt mentor….tp pas dia kuar lagu dia ….wah sedap2 giler…dengar suara dia pon merdu…….muka x ensem pon xkire dah…asalkan suara and lagu bermutu….hehehehe…..good luck to aizat and black!!!!
mmg la cepat abis
sbb venue pun kecik !
yela.tula ckp.ni showcase je.wisma bentley ruang kecik.konsert mgkin la buat kat stadium ke,auditorium ke
salah sorang artis keluaran AF yg berkualiti, yg lain harap kuantiti sms je lebih
This is Aizat’s 1st Solo Concert yang akan di adakan di Bentley Auditorium.. Ticket yg di sediakan sebanyak 700 tickets and until yesterday, semua ticket dah sold out.
sebagai seorang pereka grafik, aku suke poster dia. sangat cantikk
konsert anak muda…
good job aizat…
bakat memang berbakat
YILLEK!
aizat memang berbakat, dan dia ni jenis down to earth type of person, walaupun dia dtg dari golongan berada, tapi still ngan sifatnya yg low profile..support u aizat!!
wow..perform kt wisma bentley tu..biasala anak dato TM plak tu..same ngn mizz nina jugak..anyway..both of u ade bakat n u all anak org kaya ur luck take it for granted
uh3…29january ka?? 29 jan dah tempah tiket untuk Selangor vs Kelate…
memang saya sokong artis tempatan tapi artis tempatan yang berbakat .BERBAKAT yang macam mana? contohnya mcam Aizat, Yuna, Faizal Tahir da seangkatan dengannya. diorang ni bukan setakat boleh menyanyi saja tapi boleh buat lagu sendiri yang sedap2 didengar, memang respek habis. bukannya setakat boleh NYANYI DAN HARAP komposer bagi lagu kat dia. bila senyap je mula lah buat story sedih, tde org hiraukan la, ape la, fed up tau ada artis macam ni, rasa menyemak je dekat industri ni.