Written by AbangNara | September 22nd, 2014

Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 hari ini, pengacara jelita Nurul Syuhada Nurul Ain telah menyampaikan berita gembira mengenai kelahiran anak kembarnya. Untuk informasi, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.

nurul syuhada nurul ain

Nurul Syuhada Nurul Ain telah berkahwin dengan Raja Amir pada bulan Julai 2011. Menerusi panggilan telefon kepada MHI, Nurul Syuhada telah berkata:-

Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya.

nurul syuhada

Tahniah diucapkan buat Nurul Syuhada dan Raja Amir atas kelahiran anak kembar mereka. Alhamdulillah murah rezeki terus dapat sepasang anak. Semoga sihat dan membesar menjadi anak yang soleh serta solehah. Sama-samalah kita doakan. Info Myartis.

25 responses to (TAHNIAH)Nurul Syuhada Nurul Ain Selamat Lahirkan Anak Kembar

  1. Anonymous says:

    TAHNIAH! Tapi betul ke diorang kawen tahun 2011?
    Errmmmmm

    0

    0
  2. errnaaa says:

    Alhamdulillah… Sepasanggg.. Bestnye… Kembar pulak tuuuu..

    0

    0
  3. poyos la says:

    smoga mnjadi anak yg soleh & solehah .. untungnyer dpt kembar ..suka sgt psgn ni nmpk muke laki bni tpncar keimanan & kebahagiaan…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Tahniah.. Bestnya dapat kembar tapi kesian merasai dua kesakitan sekaligus..bersalin normal dan ceaser..

    0

    0
    • lara_hati says:

      Tu la kan..bkn senang nk dpt kembar sepasang..tp pantang pun nk kena 2 jenis pantang nk kena jaga…so byklah cerita yg boleh diceritakan nanti bila…ada yg melawat bb…diberi kesempatan merasai 2 kesakitan dan dianugerahkan sepasang cahaya mata sekaligus..dlm hidup..

      0

      0
  5. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    kate orang tua2 kalau lahir kn anak kembar satu lelaki n satu lagi pompan panas kate Nye…minah jambu pon tk tau ape yg panas…..dh tuhan nk kasi tol tak…

    0

    0
    • cik piah says:

      byk la ko punya panas …

      0

      0
    • wake up says:

      kepercayaan yg boleh memesong akidah… anak macam mana cara/bentuk tu rezeki Allah.. kalau betul pon ini cakap2 org tua, kepercayaan2 camni x perlu diteruskan.. please do not instill this kind of beliefs to others… takut kita penyebab org terpesong..

      Panas/tak panas semua atas didikan kita mak ayah…

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        tkde dulu tkde la sekarangggggggg tk banyak sikit pon kite nk kena pecaya jugakkkkk tapi itu terpulang la pada mak bapak masing2 nk percaya atau pon tidak Nye pahammmm…minah jambu pon tk suroh semua orang pecayeeeee…panas tk panas ape yg panas Nye minah jambu mana la tau….wake up laaaa ape yg terpesong Nye kau tak baca betol2 ape yg minah jambu dh komenkn tadi !!! huh !!

        0

        0
  6. ariffatri says:

    Subhanallah, syukur alhamdulillah, tahniah Nurul dan suami, semoga anak-anak menjadi anak-anak yg soleh dan solehah, macam dalam novel romantisje kisah hidup, bab yg happy ending dapat anak kembar malah sepasang lagi, insya Allah, doakan saya pula ye agar cepat-cepat dapat zuriat juga, insya Allah SWT, kembar juga

    0

    0
  7. ezaamin says:

    Tahniah Nurul dan suami. Moga jadi pembakar semangat utk kami yang juga yang sedang menanti. Penantian yang terindah.

    0

    0
  8. Kak timah lambong says:

    Normal pun ya. Ceasar pun ya. Hadoi sakitnya dik ooiii.. Akak baca pun rasa seksa
    Tabah lah melalui tempoh pantang ye dik. Laki nye tu lebih2 kan tolong bini. Hadoi aku pulak yg rasa ngilu atas bawah mengenangkan keadaan ko dik nurul.. Hadoooiii laaa

    0

    0
  9. Lady eM says:

    Sejujurnya 1st time dengar beranak kembar tapi seorang normal n sorang opret. . Anda sungguh bertuah nurul. . Tahniah. . Semoga ini anak² sihat dan membesar dengan jayanya. . .

    0

    0
  10. Lady eM says:

    Tahniah. . seronok dapat kembar sepasang. . Semoga membesar dengan jayanya. .

    0

    0
  11. lala says:

    Alhamdulillah, bestnya dapat kembar! sepasang lak tuu.. kalau kembar susah sangat nak dapat sepasang.. untunglah!

    0

    0
  12. emy says:

    tahniah..seronoknye dapat kembar…pilihlah nama anak dengan nama yang elok kerana :

    1) supaya menjadi doa yang baik untuk anak
    2) nama yang elok dipanggil di akhirat nanti
    3) supaya tak dikutuk oleh manusia berfikiran singkat..nama kampung salah,nama urban salah..

    selamat menjalani alam keibubapaan…

    0

    0
  13. entah lerr says:

    aku ni dari zaman sekolah lagi suka makan pisang kembar sbb kawan2 cakap makan pisang kembar dpt anak kembar.. aku teringiin sesangat anak kembar.. masih belum diberi rezeki lah. mungkin Allah lebih tahu keupayaan aku menjaganya kot… wahai Allah yg maha pemurah berilah aku anak kembar..Amin!

    0

    0
  14. BlaBlaBla says:

    Alhamdulillah.. Tahniah dapat anak kembar dan sepasang pulak tu.. dah boleh geng dengan Ziana Zain dah ni.. ada anak kembar sepasang..

    0

    0
  15. […] didedahkan kepada orang ramai. Comel sangat-sangat. Untuk makluman, Nurul Syuhada telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan pada hujung bulan November yang lalu. Seorang dilahirkan secara normal manakala seorang lagi secara […]

    0

    0