(TAHNIAH)Lisa Surihani Sahkan Dirinya Hamil

Hiburan

(TAHNIAH)Lisa Surihani Sahkan Dirinya Hamil

Jutaan tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry atas berita gembira ini. Lisa Surihani sebentar tadi di majlis sidang media pelancaran trailer Cicakman 3 telah mengesahkan desas-desus kehamilannya yang bertiup kencang selama ini. Pelakon kesayangan ramai itu kini mengandung selepas mendirikan rumahtangga hampir 3 tahun dengan Yusry. Alhamdulillah. Memang ini satu berita yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat mereka berdua.

lisa surihani mengandung

Advertisement

Berita gembira tersebut tidak diumumkan kerana ia masih terlalu awal untuk dikongsikan dengan orang ramai. Kata Yusry:-

Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh. Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama

Sementara itu Lisa memaklumkan yang dia hanya mengikut pesanan orang tua agar tidak menghebohkan berita kehamilan ini kerana terlalu awal. Kata Lisa:-

Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya

lisa surihani mengandung

Tahniah buat Lisa dan Yusry. Ini pasti hadiah yang terbaik sempena ulangtahun perkahwinan ke 3 mereka pada 24 Februari ini. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Awal-awal kelahiran ini banyakkanlah berehat. Jangan buat kerja berat. Tak sabar nak menatap wajah anak anda. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...