Written by AbangNara | December 18th, 2014

Good job. Awesome. Tahniah. Power. Respek. Kagum Abang Nara dengan Izzue Islam yang telah meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita dalam drama atau filem lakonannya. Ini adalah satu keputusan yang amat bagus dan pastinya akan memberi impak positif kepada drama-drama tanah air. Syarat ini diletakkan oleh Izzue bukan sahaja untuk menjaga statusnya sebagai seorang suami tetapi untuk turut sama menghormati pelakon-pelakon wanita yang lain.

izzue islam

Untuk makluman, drama terbaru lakonan Izzue Islam iaitu Suami Sebelah Rumah yang menggandingkan dirinya dengan Ayda Jebat tidak mempunyai sebarang adegan bersentuhan sesama mereka. Kata Izzue Islam:-

Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini. Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga.

Saya rasa tidak semestinya kita perlu berpelukkan atau bersentuhan untuk menampakkan ia babak romantik. Banyak sahaja cara lain yang tidak memerlukan kita berbuat demikian tetapi masih boleh nampak ia sebagai romantik.

Keputusan itu atas diri saya sendiri dan bukannya sebab isteri saya cemburu atau tidak. Dia tidak mempengaruhi keputusan apa yang saya lakukan. Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang.

izzue islam

Semoga langkah yang diambil oleh Izzue Islam ini akan diikuti dan dicontohi oleh para pelakon yang lain. Abang Nara suka dengan pendapat Izzue yang menyatakan babak romantik boleh ditunjukkan tanpa perlu berpelukan dan sebagainya. Memang tepat sekali. Pengarah kenalah fikir idea yang lebih kreatif sedikit. Tahniah diucapkan kepada Izzue atas syarat ini. Anda memang awesome!!! Sumber Mstar Online.

P.S: Promosi hujung tahun Mitsubishi Motors

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

79 responses to (TAHNIAH)Izzue Islam Enggan Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita

  1. minah jambu sokong thailand says:

    nyampah !

    0

    0
    • Yahudi says:

      bini pon leher pendek

      0

      0
      • Anonymous says:

        seronok ye mengata orang..!

        0

        0
        • Yahudi says:

          Sorry kalau terasa , sy tak kutuk , leher pendek itu cantek . Sorry sekali lg .

          0

          0
        • Olga says:

          Bini ko HANTU GIGI tu bila lak nak BERTUDUNG???

          MMG QUEEN CONTROL c Hantu GIGI ni.. x padan muka burok.. perangai pun burok- Quoted dr Anzalna.
          Nasib badan ko lah izzue dpt bini mcm tu!

          0

          0
        • Sakeenah says:

          sebenarnya Izzu ni kahwin dgn bini dia ni atas dasar terhutang budi. bini dia dulu yg byk tolong naikkan dia jd artis.. kalau tak, xde nye org pandang izzue ni. nasib badan lah kalau byk terhutang budi dgn org ni..

          0

          0
        • bedah says:

          kalau dah leher mmg pendek tak kan la nak kata leher jinjang … bukan mengata kot tu .. tapi kenyataan

          0

          0
        • Anonymous says:

          leher pendek, gigi jongang, semua tu ciptaan tuhan. bagi pendapat menghina ciptaan tuhan maknanya menghina tuhan la…omg!! neraka la bagi semua! ahahah.. aku bg pendapat je korang masuk neraka, jgn sentap pulak. have fun berparti in neraka with the syaitanss! hahah

          0

          0
      • Anonymous says:

        saya tak terasa apa.. cuma menegur, hanya Allah je yg tau niat ko yahudi oii.. kami tak rugi apa

        0

        0
      • MINA says:

        ABANG NARAAAA….. YANA SAMSUDIN AKN BNIKAH FEBRUARI 2015…
        FAMILY DIORG DKT YONG PENG DAH MULA BUAT PSEDIAAN…
        ABG NARA BOLEH PEGI SIASAT UTK DPTKAN INFO
        NIE PON SUMBER TERDEKAT DARI SEDARE YANA SENDIRI YG BGTAU… YANA SBNR NYE DAH DIRISIK.. KAN KE TAHUN2 SUDAH HEBOH PSL YANA BERTUNANG2, SBNR NYE BETUL..ADE MAJLIS RISIK…

        0

        0
    • SEDARE AWIN says:

      DAH REZEKI IZZUE , DAPAT BINI KAKI CONTROL !!!
      NAK BUAT CAMNA , DAH JODOH !!!
      HARAP KEKAL JE !!!
      BTW , MUKA BINI IZZUE NI , SEBIJIK MCM CIKGU MENGAJI AKU TIME KECIK2 !!!
      CIKGU MENGAJI AKU SELERA LAKI MUDA JG !!!
      TIME TU DIA UMO 50TH , LAKI DIA UMO 25TH , JAMBU PULAK TU , TP SAYANG LAKI DIA YG JAMBU TU MISKIN !!!
      KIRA LAKI DIA TU JUAL DIRI , BIAR HIDUP SENANG !!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        yang bini artis ni ko kutuk dan fitnah, sah sah satu dosa dah tercatat…

        yang ko pegi kutuk n fitnah cikgu ko sendiri yg pernah mengajar ko ilmu tu, tak tau la aku berapa banyak plak dosa yg tercatat… apa punya malang nye mak bapak ko dik dapat anak macam takde ni.. baik mintak maaf sebelum lambat

        0

        0
      • Sophea Loren says:

        Astaghfirullah…..
        Apa ke benda la korang ni. Kalau Izzue nak bataskan sentuhan masa berlakon demi menjaga hati seorang isteri, apa yang nak dibisingkan? Semua perempuan nak suami yg pandai jaga hati dan perasaan, tapi bila ada yg macam ni, mengelupur kutuk si isteri, konon isteri Queen Control.

        Dalam perkahwinan, tak kisahlah suami kerja apa sekalipun, jika nak bahagia, menjaga hati pasangan adalah penting. Bila Izzue balik rumah, yang menunggu dengan setia bukan peminat, tapi si isteri. Yang menyediakan makanan, pakaian, keperluan kerja dia, si isteri…bukan peminat, bukan pelakon yg berlakon jadi isteri di set penggambaran. Kalau Izzue sakit demam, si isteri ni juga yg menemani. Korang duduk belakang tabir tambah dosa kering. Haihhh…

        Tak kisahlah apa alasan yg Izzue gunakan, apa yg aku nampak, dia adalah suami yg pandai membahagiakan hati isteri. Kalau korang nak suami yang bebas keluar dengan perempuan lain, berpegang2 bertepuk tampar dengan rakan sepejabat, terus2kanlah mengutuk orang. Mana tahu, Allah bagi peluang rasa dapat suami macam tu nanti.

        0

        0
        • minah baik hati says:

          bgs nye. well said. agreed with u 100%

          0

          0
        • Anonymous says:

          Sy doakn pasangan suami isteri ni bkekalan hingga ke pintu syurga..dan d murahkan rezeki yg mlimpah ruah.kurniakn la zuriat soleh solehah wat mereka bdua.amin

          0

          0
    • Anonymous says:

      kami seribu kali menyampah kat ko… dasar manusia jahanam betul ko jambu.

      0

      0
    • hijau says:

      yeayyyy!! iklan spender dah xde!!

      0

      0
  2. hana says:

    Gambar 1st, muka bini dia “kau adoo”

    0

    0
  3. siti says:

    bagus la klu mcm tu.alasan yg lbh tepat lg “HARAM” bersentuhan dgn yg bkn muhrim.penonton dh bijak skg,klu plot cerita bagus ditambah pula dgn lakonan yg mantap xperlu pelakon seksi,adegan “panas” pn ttp blh meletop jgk.teringat pelakon veteran sarimah,dia berlakon utk babak tidur mlm pn ttp x bukak tudung.xde pn penonton komen x kn tidur pn pkai tudung.maksudnya penonton dh bijak..dh boleh nilai yg mana boleh dan x boleh

    0

    0
  4. qwerty says:

    Ni syarat bini dia yang suggest gamaknye. Naseb ko la izzue. Dah la dpt yg berusia, tak lawo plak tuh and meroyan sokmo. Ho ho ho.. Merry christmas.

    0

    0
  5. jiran sebelah says:

    bersangka baik..mungkin niat dia ‘lillahi taala’

    0

    0
  6. bella says:

    dah alang2 ko cmtu baik ko suh skali bini ko tu tutup aurat sepenuhnya yer izzue
    itupun kira menjaga maruah ko sbg suami

    0

    0
  7. anon says:

    Org2 yg terlebih lawa ni selalunya dpt pasangan yg terlebih tak lawa…..mcm si izzue ni, si nora/fasya dgn jejai,……syella kamaruddin, ashraf muslim, …

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Ni mesti kes bini control. Kuat cemburu. Kesian Izzue. Itu la masaalahnya bila kawin dengan pompuan yang lebih berumur. Kebanyakannya gitu. Lebih2 lagi bila laki hansome sikit. Tak senang duduk di buatnya. Kan senang suruh Izzue berhenti berlakon. Kerja je kat butik isteri . Tengok muka isteri 24 jam sampai dia bosan. Lama2 dia sendiri akan suruh berlakon balik.

    0

    0
    • Anonymous says:

      jangan mengata orang tu… awak ada bukti ke!? cukup ke fakta nak buat kesimpulan yg mcm ni? kalau takde ade, jatuh fitnah namanya.. kan awak jugak yg rugi

      0

      0
  9. Anonymous says:

    dia dah buat keputusan untuk buat benda baik selaras dengan kehendak agama pun korang nak kutuk lagi ke.??? dah tu siap korang fitnah dan kutuk bini dia macam macam…Apa punya manusia la korang ni.. sigh!.!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju!bila berlakon sentuh2 peluk2 nanti dikatanyer melanggar syariat la pulok.. sigh~

      0

      0
      • Joyah Bandar says:

        Agama bukan sahaja menutut kita mencari rezeki yang halal, tetapi halalan toiyiban (halal dan baik). ramai yang akan cakap berlakon itu halal, tapi adakah ia sesuatu yang baik? Ya, tidak dinafikan seni adalah salah satu cabang dakwah. tapi haruslah kena caranya. Oh lupa, tuntutan juga kepada suami menjaga aib isteri. salah satu aib isteri adalah auratnya. Opppsss.

        0

        0
        • superfriend says:

          jangan asyik nak cari salah orang je.. mungkin ini langkah pertama dia untuk mendidik diri sendiri dan ahli keluarga yg lain.. bukak la minda, jangan jadi jumud asyik mencari kelemahan org yg sedang nak berubah ke arah kebaikan… kita dan keluarga sendiri pun belum tentu sepenuhnyasempurna.. tak payah nak opsss sangat!!..

          0

          0
  10. Linzy Longkang says:

    kalau byk sangat syarat baik takyah berlakon lah izue ko jadi penyanyi jer laa, takpon berlakon citer kartun kanak2 jekkk

    0

    0
    • setuju says:

      aku setuju..
      aku phm dan aku terima alasan dia nk jaga batas agama
      dan aku rase,kalo mcm 2…mmg dh x seswai la dia nk berlakon..
      kalo berlakon pn jd watak cikgu ke…babak dia asek ngajar kt skolah je,ngajar anak murid darjah 1… x yah dh babak2 romantik ni..
      mmg tukar bidang je la kalo nk jaga xnk sentuh2..
      jd penyanyi full time, sentuh micropon je…kellleeesssss

      0

      0
      • Anonymous says:

        perlu ke berlakon peluk2 cium2 pegang2 wajib ke?
        lau xboleh sentuh xboleh berlakon means macam tu ke..

        0

        0
        • budak gemuk says:

          TAHNIAH IZZUE. SATU KEBAIKAN TELAH DILAKUKAN. KEEP UP THE GOOD WORK. FILEM IRAN PUN TAK ADA BERSENTUHAN LELAKI PEREMPUAN, TAPI DAPAT JUGA ANUGERAH FILEM TERBAIK ANTARABANGSA. MALULAH SIKIT DENGAN IRAN. KITA MALAYSIA AHLIL SUNNAH WAL JAMAAH. IRAN TU PLAK SYIAH. LEPAS NIE KOMPEM ROSYAM NOOR MENGGELEPAR……..

          0

          0
  11. Anonymous says:

    nak orang kutuk macam mana pon saye tetap minat&respect izzue sejak mula drama ssid

    0

    0
  12. kesian says:

    nasib hang lh izzue..sbb klu hang punya kontroversi kluaq je mmg pasai bini hang jeles ngn heroin dlm citer hang..sabaq je lh..hmmmmmm

    0

    0
  13. bedah says:

    bersentuhan dengan wanita itu haram ?????

    yang bini ko tak bertudung tu ???
    bergambar dengan jantan lain jgk bersentuhan jgk dengan diaorg ????
    itu tak haram ????

    owh plzzzz jangan gunakan agama sebagai alasan

    0

    0
    • Anonymous says:

      biar la kat dia nak wat apa pun, at least ada benda baik yang dia buat. mane tau dari sini dia akan start kearah kebaiakan yang seterusnya. hidayah allah tu luas.. semoga ko pun dapat hidayah sekali

      0

      0
  14. Mi Moo says:

    kalau la si izzue ni cakap “saya takkan bersentuhan dgn plakon prmpuan sbb suruhan agama” kan best..bukannye sbb “Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang”..lagi 1 suh la bini awok tu btudung, tu pun tanggungjwb sbg suami jgk kannnn…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      tak payah la nak argue sgt la… yg penting niat dia baik dan dah shifted to a new level.. karang kalo dia kata kerana Allah, pun belum tentu makhluk makhluk perosak kat BN boleh accept. kita doakan aje yg terbaik.

      0

      0
  15. kuku besi says:

    Yg dok komen psl bini izzue tu check diri sendiri balik lah ye. Aku pantangla org yg mengutuk ape yg Allah dah jadikan. Mcmla yg kutuk2 ni ade ms diorg ni susah senang..kutuk org mmg sedap beb tp ingt, ape yg kau ckp akan berbalik pada kau balik. Tgk la pasangan kau nanti. Kutuk pasangan org lain sedap bebenor. Lg satu, aku rasa bagus lantakla bini die nak bertudung ke tak, mane kite tau mungkin dlm proses nk bertudung..tp yg pasti syarat die tu bagus giler kot. Menjaga ikhtilat(perhubungan) dgn bkn mahram. Bende baik mcm ni xnk terima, kutuk bende2 yg xde kaitan sebab hakikatnye kau tu BUSUK HATI. Sudah2 la korang, terima je la yg bini die tu dah jodoh, wpun sbb budi, kalau boleh redha bgus ape. Yg kawen atas dasar cinta konon sampai mati pun bercerai..acano???? Kite ni duk sebok suh bini die bertudung, mane kite tau diorg ni mungkin slow2 sedang perbaiki diri. Kite ni pun nasib belum tentu..sekadar bace n tau perkembangan diorg cukuplah. Xpyh nk kutuk2. X takut ke kene diri sendiri?

    0

    0
  16. Bugaboo says:

    Menjaga status sebagai seorang suami atau status sebagai seorang Muslim? Betulkan niat tu dahulu.

    0

    0
  17. MAKJEMAH says:

    DAHLA IZZUE KAU DOK JE BAWAH KETIAK BINI KAU PASNI. TAK PAYAH BERLAKON TERUS. SENANG. AKU TGK KAU BERLAKON PN DAH TAK MENJADI SBB NK JAGA SGT BATAS TU KONONNYE. NAK2 CITER DGN ANZALNA TU.

    0

    0
    • Anonymous says:

      bagus ap..rasanye berlakon xperlu kot nk pegang2 cium2 bagai..step by steplah dia nk berubah kan…org berubah baik pon kene kencam ni lah manusia yg hati nye penuh dengan hasad dengki…

      0

      0
    • ANONYMS says:

      ANZALNA TU MEMANG TAK BERAPA BIJAK. PASAL TU LA DIA KENA MINTA MAAF KAT NEELOFA DULU. NEELOFA JUGAK YANG CERDIK.

      0

      0
  18. si jongang says:

    takut bini!

    0

    0
  19. hello says:

    kesian. orang ada niat baik tapi kena condemn. mana la tau kalau2 izzue dah nasihat bini dia pakai tudung, tak semua bini yang dengar kata oi.
    lagi satu, si izzue ni sibuk nak jaga maruah pelakon perempuan.. pelakon perempuan tak nak jaga sendri ke maruah diorang?

    0

    0
  20. katak says:

    Dia cakap tak nak bersentuhan dgn pompan, korang kata dia kena control dek bini dia… Korang ada bukti bini dia control dia????? Kalau takde bukti sah..boleh jadi FITNAH tu..
    Kan korang juga selalu cakap… kalau buat fitnah, nanti korang juga yg akan merangkak masa kiamat nanti cari org yg korang fitnah tu… Nahh…. ader berani nak mengata org tanpa bukti????
    Kalau pun benar bini dia tak benarkan dia bersentuhan dgn pompan lain… biarkanlah. Bini dia ada hak atas laki dia. Diaorang laki bini yg dah SAH dalam segala hal. Kita siapa yg nak mengatakan apa-apa kat diaorang?
    Pasal bini dia control dia tu… lantak diaoranglah… takde kena mengena dgn kita. Dia kawin pun bukan semestinya si Izzue tu terhutang budi dgn Awin tu. Kalau ya pun dia kawin atas hutang budi… ada tu jadi kutu kurap kat korang yg mengata diaorang tu ke???? Takde kan… Kalau setakat mengerutu hati tengok diaorang gitu, jangan buka blog hiburan gini. Pegi masuk blog agamalah… Hampeh betoilah dgn semua ostas & ostaszah online ni… Tunjuk baik, penuh dgn ilmu segala tegur org dlm blog gini… padahal segalanya…. POYO.

    0

    0
    • kaki says:

      katak >>>> mana kau tau ostaz @ ostazah online yg ckp izzue kne control dgn bini? blog nie bebas, budak 13 tahun pun blh bg pendapat masing2.. adakah kau juga sdg membuat fitnah skrg?? bercakap tanpa bukti??

      0

      0
    • keliru says:

      ni izzue ke bini dia? panjang karangan ni.

      ps : ni bukan fitnah. bertanya. tu ada tanda soal tu

      0

      0
  21. KIAH PROPA says:

    suh la bini awk bertudung,tu pun tuntutan sbg seorang suami…
    wajib sbg seorang suami untuk menegur isteri,bukan wajib sbg seorang suami menangung dosa isteri..walahualam..

    0

    0
  22. anonymous says:

    ada pengarah yg suka sangat buat watak perempuan berkemban, nasib baik lelaki tak kena berkemban pulak ye…berhenti je lah jadi artis, bakat pun ala kadar je..cari keje lain la bro…

    0

    0
  23. lolsss says:

    Pelik betul dgn hampa ni. Kalau betul pun bini dia yg letak syarat tak boleh bersentuhan dgn pelakon perempuan, besarlah pahala bini dia sbb tak nak laki dia dapat dosa and dia sekali dapat share dosa sbb bersubahat x nasihat laki dia. Ni lah manusia, dapat bini lawa pun mengata kata tengok rupa, dapat bini x lawa menghina ciptaan Allah kata gigi tak lawa lah, leher pendek lahh. Seriously cakap aku x minat izzue ni tapi aku respect dgn dia.

    0

    0
  24. Jenab says:

    Syukur alhamdulillah sgt kalau dpt suami mcm izzue , terima awin seadanya , tak lupa masa dia susah dulu , awin yang byk tlg dia .. ,semoga kalian kekal dunia akhirat amin

    0

    0
  25. Kak Yong says:

    lg bgus klu die suruh isteri die bertudung :)

    0

    0
  26. iollssssss says:

    tahniah izzue islam dengan prinsip anda. Tpi iollssss memang xminat dgn lakonan ko dlm tv. cakap dlm bahasa inggeris pn masih ade loghat negeri. errmmmm..producer pn nk kan rating pilih pelakon2 hemsem2 tpi berlakun hancussss…to isteri izzue…suh laki ko brush up english dia yea. 2 cts view shj..jgn marah peminat fanatik ii. krik3…

    0

    0
  27. zikry haikal says:

    bgus izzue sbb dy dah mulakan step prtame.. mgkin slepas ni akan ada lagi brita baik dari izzue dan jugak wife.. niat dy tu semua antara dy dgn Allah.. kte xde hak nk judge

    0

    0
  28. ell says:

    Well done Izzue Islam dan wife… moga langkah awal ini membawa anda lebih hampir ke redha tuhan dan moga ianya diikuti oleh artis artis muslim kita yang lain… saya bukan fan anda, tapi saya sokong effort positive anda…moga rumahtangga anda diberkati, rezeki melimpah ruah dan dikurniakan zuriat yg soleh/solehah…

    moga sahabat sahabat peminat yg lain dapat support usaha Izzue ini.. bukan mengondem dan mengeji.. sebab kita pun bukan sempurna semuanya..

    0

    0
  29. LINDA EVANGELISTAHHH says:

    Yg jaki sini sume pompuan yg tak laku di pasaran. hahahahah!
    HEy! kalau Laki korang ni ada bf/laki, baru korang tau erti CEMBURU. Itupun kolo koang taknak ingat pasal halal haram la kan. Biarlah control ke budi ke. Haddoooiii la korang ni.

    0

    0
  30. Anne says:

    Izzue,

    You have my respect. Slowly try to revolutionize the industry. What’s haram is haram, congratulations to you whom has the gut to implement it.

    0

    0
  31. Mirrah Aida says:

    Syabas Izzue Islam. Semoga berterusan niat itu.. Semoga dgn ini dpt mengelakkan perceraian yg kerap berlaku di kalangan kita..

    0

    0
  32. aku says:

    bagusla dengar cakap bini

    0

    0
  33. nana says:

    jangan belakon lah senang…. hehehhee

    0

    0
  34. harry potter says:

    tahniah! semoga izzue islam ni leh jadi panduan untuk pelakon2 yang lain. dah memang sah haram pun bersentuhan lelaki dan perempuan. zaman sekarang ni kalau buat benda baik lagi dicerca, so semoga izzue tabah dan istiqamah..

    0

    0
  35. minah jambu sokong thailand says:

    setakat sentoh tangan apeeeee la sangatttt orang dulu2 berlakon tkde ape ponnnn hepeninggggg aje padahal dorang tau jugak halal haram nye..cuma pelakon dulu2 menjalankn kerja watak yg dorang kena lakon kan biar film tu nampak real …sama la jugak macm film hindi mana ada adengan cium ke ape cuma pegang tangan n pelok aje…sengaje orang2 ni nk remeh temehkn cerita…bini jeles punye pasal pastu cakap tknk berlakon bersentohan podah !!! jadi ustaz sudaaaa buat amal ibadattt ada jugak faedahhh.. dapat bini pon pekak badak !!

    0

    0
  36. Ustajah Kalthom says:

    Ustajah pon mcm awk jugak awin dulu kene bash pasa gigi~ Ramai org kutuk ustajah hantu gigi~ Tapi setelah Ustajah betudung dan berniqab~ Brlah xde org yg mempersoalkan kegigian ustajah nieyh~ Kalau Awin nak beli tudung dgn niqab ustajah ade jual online~ Serius boleh tutup gigi kita yg mancung nieyh~ Betul ustajah xtipu~

    0

    0
  37. Ida says:

    Yeah! Tahniah! Berkat tegakkan kebenaran, mesti bertambah rezeki.

    Kalau pelakon perempuan berhijrah pun mesti tak ada scene peluk cium, lelaki pun berhak letak syarat.

    Lagipun sah sah Haram. Semoga ramai lg sedar diri. Tahniah again !!!

    0

    0