Written by AbangNara | May 19th, 2015

Sebenarnya Abang Nara dah tau berita kehamilan Fouziah Gous daripada seseorang tetapi diminta untuk merahsiakannya. Kini Fouziah Gous telah tampil memaklumkan berita gembira ini. Tahniah diucapkan kepada Fouziah dan suaminya, Zhafran yang bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung pertama. Pengacara Nona itu kini telah mengandung selama 2 bulan setengah.

fouziah gous

Menariknya, Fouziah Gous pada mulanya tidak percaya akan kehamilan ini sehingga dirinya melakukan ujian kehamilan sebanyak 4 kali. Hehehe. Teringat wife Abang Nara sampai 3 ‘stick kehamilan’ tue dia try. Iyerlah first time mengandung mesti teruja tak ingat. Kata Fouziah:-

Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan.

“Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa.

Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malkukan ujian di pusat perubatan swasta. Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya.

Kalau diikutkan sebelah keluarga saya ramai lelaki, manakala suami pula ramai perempuan. Namun, dalam soal ini saya dan suami tak kisah asalkan anak yang bakal lahir nanti cukup sifat, sempurna dan sihat

fouziah gous hamilFouziah telah membuat pemeriksaan kehamilan selepas dirinya dan suami pulang daripada Jepun. Mungkin baby made in Jepun? Hehe. Apa pun tahniah buat Fouziah Gous dan Zhafran. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran. Tahniah!! Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to (TAHNIAH)Fouziah Gous Disahkan Hamil 2 Bulan Setengah

  1. ikan singgang says:

    Akhirnya. Lama tunggu berita gembira drpd pojiah. Tahniah. Ella kalau kawin masa umur 35 ari tu mungkin boleh peknen lagi. Maaf, lari topik

    0

    0
  2. minah jambu terlajak habis says:

    kalau nk ngandong cepat ha rajin2 lah gi melancong pasti akan ngandong macm pojiah kannnn…lov u pojiahhh..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Nara ni pun satu gak..da jadi bapak pun xtaw lagi. ‘Baby made in jepun’ kejadahnya? Kan kata da pregnant 2 bln stgh..means sebelum tu memang da pregnant la..cuma xtaw lg

      0

      0
    • Kak mah menantu kak jah tukang uru says:

      Kau tak pegi melancong ke minah ???Tiap2 komen kau ada aje.
      Ajak la suami you g melancong..
      Best tau

      0

      0
  3. katy periuk says:

    Awat laa artis wanita melayu ni bodoh2 and tak malu? Haid tak menentu pun nk bagitau satu Malaya. Selama ni, belum pernah lagi baca ttg artis2 Hollywood berkongsi cerita pasai haid depa.

    Artis wanita Melayu yg suam2 kuku jaa yg suka update benda2 ni.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Elehhh baca imputih pun xreti, mana la nak tau psl retis hollywood. Biasa la tu org ckp leriod x menentu. Apa yg peliknya. Duduk lama sgt kat hutan ke makcik?

      0

      0
      • katy periuk says:

        Aaaa..aah…mmg aku duduk lama dalam hutan. Sebab tu aku rasa malu nak update kat satu dunia hal2 dalam seluar dalam aku. Mak aku salah didik aku agaknya supaya mempunyai sifat malu nk canang benda2 camni.

        0

        0
    • Anonymous says:

      haid tu hina sgt ke takleh gitau?

      0

      0
      • katy periuk says:

        Ada aku sebut hina?

        Kalau hal dalam kain pun hang tak kisah nk bgtau sedunia, lantak hg lah kalau hg tak malu.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ni mesti stok beli pad sorok dlm kain kan?? Hahaha

          0

          0
        • Melati putih kuning says:

          Sokong apa yg kau tulis ni. @katy periuk !!!

          0

          0
        • bunger kekwa says:

          Betul tu puan katy … bg tau jerlah dah mengandung tp tak yah la nak citer haid apekebenda …. smuanyer nak di citer. Bukan dia sorang pun haid tak tentu. Ramai yg ada masalah ni pun mudah jer mengandong. Esok nifas habis pun boleh lah citer gak kat wrtwn …

          0

          0
  4. anon says:

    NEXXXTTT

    0

    0
  5. mawar says:

    rindu lah nak dgr suara suami pojiah ni ;)

    0

    0