Written by AbangNara | October 11th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy yang telah disatukan sebagai suami isteri di dalam sebuah majlis pernikahan penuh meriah semalam. Hanya dengan sekali lafaz, Erin Malek (20 tahun) telah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy (30 tahun) kira-kira 9.12 malam semalam di kediaman keluarga pelakon tersebut di Duta Suria, Ampang.

erin malek

Pada majlis tersebut, Erin Malek telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM30,000. Majlis bertemakan pernikahan dalam taman itu telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat, sahabat handai dan para media.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran berupa cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam tangan, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan. Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.

erin malek

Tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy atas pernikahan anda. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung malam ini di Hotel InterContinental, Semoga ia berjalan dengan lancar. Selamat pengantin baru!!! Kredit gambar Project2Pi.

34 responses to (TAHNIAH)Erin Malek Kini Sah Isteri Kepada Farriz Fauzy

  1. Alhamdulillah.. says:

    Tahniah Erin..barakallah..moga berkekalan hingga ke syurga..moga Farriz mampu membimbing Erin jadi isteri dan ibu yang solehah nanti…cantik Erin pakai tudung..moga terbuka pintu hati Erin untuk berhijab nanti..amin…

    0

    0
  2. sukasuki says:

    lambat laa bro nara ni update story………..

    0

    0
  3. Opsss says:

    jalan kangkang la minggu ni…. :D

    0

    0
  4. Bedah says:

    hmnnn…sebijik Kiki Kamaruddin !!!

    0

    0
  5. miss mong says:

    tahniah..manis erin pakai tudung

    0

    0
  6. hmm says:

    tahniahhh.. lelaki cari isteri yg muda-muda..so yg umur 28 tahun tak laku kerrr… untung kawen muda ni.. rezeki dia…

    0

    0
    • ubi says:

      bkn xlaku, belum sampai jodoh lagi..bukan kah sudah tertulis di loh mahfuz kelahiran, jodoh dan ajal kita..jika kita xsempat kawen pun dan meninggal, Allah swt akn jodohkan kita dengan org lain dalam syurga nanti..ameen

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Elok le kwin…mengeletis semacam jer e2 hari….naik risau pulak!

    0

    0
  8. karen says:

    Laki dia mcm muka katun adu du….dlm boboiboy….

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ye le..sebiji cam adu du!!!

      0

      0
      • BOBOIBOY says:

        Yayayyayaa …. sejibik …. bo … boi …. boy …. cute ….. tak da 30taun punnnnn rupe hubby erin …. baby face betoiiiiii …. klu 40taun mcm 30taun jer nanti ….

        0

        0
  9. Nurul Fazreen Othman says:

    tahniah erin malek. Misiku KUZA.

    0

    0
  10. Nurul Fazreen Othman says:

    Tahniah Erin Malek. Misiku KUZA

    0

    0
  11. labulabi says:

    tahniah misiku kuza.. tahniah erin malek

    0

    0
  12. Cantiknya Erin. Moga bahagia hingga ke jannah

    0

    0
  13. aku yang bernama says:

    Cantiknya erin ni. lawa dia bertudung. tak bertudung pun lawa gak. body mantop!

    0

    0
  14. Biskut says:

    wowwww…mas kawen smpai 10K. hantaran plak 30K……untung la…..

    0

    0
  15. […] hari Isnin. Buat anda yang tidak tahu, Jumaat lalu (10.10.14), Erin Malek telah pun selamat bergelar isteri kepada Farriz Fauzy. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan meriahnya dengan kedua-dua mempelai ini kelihatan […]

    0

    0
  16. […] (TAHNIAH)Erin Malek Kini Sah Isteri Kepada Farriz Fauzy (33) […]

    0

    0