Written by AbangNara | February 19th, 2016

Dengan sekali lafaz pelawak, pelakon dan pengacara Angah Raja Lawak, 38, sah bergelar suami kepada gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak, 20. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 10.10 pagi tadi di Melaka Perdana Resort Homes, Ayer Keroh. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam 1, Masjid Ar-Rahman Kampung Tun Razak, Mohamad Suhaimi Kassim dan berwalikan datuk Amira, Adruss Omar.
angah raja lawak

Angah Raja Lawak telah memberikan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sebentuk loket berlian, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, turut membawa enam dulang hantaran dan di balas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. Majlis resepsi kedua mempelai itu akan berlangsung esok di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. Selamat pengantin baru diucapkan buat Angah dan Amira. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to (TAHNIAH)Angah Raja Lawak & Amira Asyura Kini Sah Suami Isteri

  1. Anonymous says:

    esok aku keje..mmg lalu dewan tun ali tu..jgn le jln jem…retis kawin katekan…haha

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Tahniah….. semoga kekal bahagia hingga ke jannah

    0

    0
  3. Anonymous says:

    selamat pengantin baru angah.. alhamdulillah semoga berbahagia dan dirahmati sehingga Jannah..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    kuruskan lah cikit badan tu… nnti after this lg gumuksss!!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Angah.. kuruskan la badan tu cikit.. gumuk sgt la..kesian bini tu..

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      tu la ! minah jambu tengok angah ni pon rimas ape lagi bini dia hari2 nk mengadap muka n badan dia…dh tau nk kawin tu kurus kan la badan tu sikit ! ni tak makin nk kawin eh makin banyak pulak dia makan sengaja nk berat kan badan dia biar bini dia lemas huh !

      0

      0
  6. JanganPuakaPlease says:

    Mulut masing2 xpayah nk mcm puaka sangat…Jaga hal sendiri sudah…Dia gemuk,,,x mendatangkan maslh kat korg pon…Jgn nti dok sibuk mengata org gemuk,,,tup2 bakal pasangan korang lagi gemok drpd angah sudah la kn…Balasan Allah tu ingat,,,jgn dok sedap mengata j

    0

    0
  7. jagjit singh says:

    huii mulut macam lancap tin sardin masing2… sedap hina orang.. esok lusa kena pada diri masing2 baru tau… jeles la tu kan…

    0

    0