Written by AbangNara | December 17th, 2014

Akhirnya tarikh bersejarah buat Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan Fadhilah Mansor, 54 untuk bergelar suami isteri telah pun diumumkan. Mereka berdua sepakat untuk bernikah pada 25 Disember ini di  Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis akad nikah bakal berlangsung pada jam 8.30 malam dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

a rahman fadhilah

Datuk A. Rahman Hassan telah memohon maaf terlebih dahulu kepada rakan-rakan dan keluarga jauh yang tidak mendapat jemputan ke majlis perkahwinannya. Kata beliau:-

Alhamdulillah, saya bakal bergelar suami lagi namun, saya bukannya orang muda. Tidak perlulah buat majlis secara besar-besaran, jadi dewan yang ditempah kecil sahaja hanya boleh memuatkan sekitar 400 orang tetamu sahaja. Saya minta maaf kepada rakan-rakan dan keluarga jauh yang tidak dijemput. Majlis perkahwinan saya cukup sederhana. Bagi saya apa yang penting majlis akad nikah berjalan lancar.

a rahman fadhilah
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 25 Disember. Sama-samalah kita doakan agar majlis pernikahan Datuk A. Rahman Hassan dan Fadhilah Mansor akan berjalan dengan lancar. Semoga hubungan yang bakal terjalin kekal hingga akhir hayat. Amin. Sumber Kosmo.

P.S: 2015 Hyundai Sonata Hybrid di Seoul

20 responses to (TAHNIAH)A. Rahman Hassan & Fadhilah Mansor Nikah 25 Disember Ini Di PWTC

  1. Aku 1st Lagi says:

    Thaniah hingga ke jannah

    0

    0
  2. ainwardina says:

    Tahniah… minat dua artis ni semoga perkahwinan ni kekal hingga ke jannah..aminnn

    0

    0
  3. gebu gebas says:

    alhamdulillah,tahniah

    0

    0
  4. jemah pkasam says:

    tahniah..Datin fadilah trus blakon yer wlaupun dh kawin

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tahniah. Semoga berkekalan hendaknya. Pemilihan yang tepat. Fadilah sesuai jadi Datin . Ada penampilan. Dan tak pernah dengar gosip2 liar . Bila berlakon memang mantap.

    0

    0
  6. katak... says:

    Tahniah utk kedua duanya…
    Biasanya kalau org veteran kawin begini biasanya bukan atas nafsu sangat…
    Mereka cari pasangan utk berteman. Sekurang kurangnya bila ada pasangan tu takdelah sunyi sangat sebab anak-anak semua dah besar panjang. Takdelah penyakit sindrom empty bird nest.

    0

    0
  7. anonymous says:

    Rahman hassan ni ayah khir rahman ken?mane mak khir rahman?ke kahwin 2?

    0

    0
  8. Alai says:

    isteri dia dah meninggal dunia kerana cancer

    0

    0
  9. anonymous says:

    ????????????????
    Ak bru tau..salu tgk kalo die ade kt tv msti bini die pon ade skli…huhu

    0

    0
    • cik puan nora says:

      slalu tu rancangan apa ye yg dok tgk ada tu??? mesti channel astro kan..20 tahun lps pun ulang

      0

      0
  10. Ibu Merah@5469 says:

    Tahniah. Semuga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin.

    0

    0
  11. loyalmalaysian says:

    aku setia pada yang satu …

    0

    0
  12. Lala says:

    Dia ni Ada 2 piilihan hati.mas idayu Dan fadhilah mansor ni.alhamdulillah dia pilih fadhilah ni.

    0

    0
  13. minah jambu tlajak habis merah says:

    Pak mustaffa maarof tiada tolok banding Nye setia ngan satu…cinta Nye yg tulus iklas yg abadi hanye untok isteri Roseyatimah…semoga roh kedua2 Nye di tempatkn dengan orang2 yg beriman aminnnn… tahniah fadhilah mansor minah jambu suka ngan lakonan u …lov uuuuuuu..

    0

    0
    • Anonymous says:

      tak payah nak provoke sangat la minah jambu oii…
      arwah pak mustafa rezekinya lain.. dato rahman hassan rezekinya pun lain… Jodoh pertemuan ajal maut semua atas kehendak NYA.. tak payah nak sibuk sibuk bandingkan orang tu orang ni.. asyik nak melagakan org je kerjenya.. pathetic loser punye jambu air

      0

      0
      • minah jambu sokong thailand says:

        kau apesal ! minah jambu cakap pasal pak mustaffa n bukan A raman ! kalau pak raman nk kawin ha kawin lah sape yg marahkn ….minah jambu kan dh ucapkn tahniah pada fadhilah mansor yg kau macm sial sangat ni apesal !! GOBLOK !!

        0

        0
    • markonah says:

      TIADA TOLOK BANDINGNYA KPALA HOTAK KO. ko x tgk ke kat MHI, dia kata mustapha maarof dah 3x kawin. ngan rose yatimah tu perkahwinan ke4 dia

      0

      0