Written by AbangNara | July 16th, 2014

Alhamdulillah. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkat dan hidayah. Seorang lagi selebriti tempatan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain telah pun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya di bulan mulia ini. Sebelum ini Ziana hanya memakai tudung sebagai tanda menghormati bulan Ramadhan. Nampaknya hidayah itu tiba jua. Pasti berkat doa peminat-peminat Ziana Zain.

ziana zain bertudung

Tampil untuk rakaman MeleTOP Raya dengan imej bertudung, Ziana Zain mengakui penampilan itu adalah penampilan terbaru dan terkini buat dirinya. Kata Ziana menerusi portal Murai:-

Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah.

ziana zain bertudungTahniah diucapkan kepada Ziana Zain atas penghijrahan ini. Semoga makin murah rezeki, tenang hidup dan makin diberkati. Pasti ramai yang terharu dengan perubahan diva kesayangan ramai ini. Semoga terus istiqamah. Tahniah Zaian Zain!!!

36 responses to (TAHNIAH)Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

  1. kobes bunga says:

    Alhamdulillah

    0

    0
    • ada ak kesah says:

      alhamdulillah…cantik j,eh kobes bunga awal comment ko x keja k?
      hehehehe…

      0

      0
      • Olga says:

        Ramsar? Ramsar itu apa? Tapak Ramsar ialah perjanjian persefahaman antara negara dunia untuk memulihara alam semulajadi atau tanah lembap atau lebih dikenali sebagai bio. Kita bertuah sebab di Malaysia terdapat tempat-tempat yang cantik seperti tapak Ramsar ni. Tengok cantik kan? Macam-macam kita boleh buat ditapak Ramsar ni…bersampan dan berkelah. Wau, banyaknya tumbuhan herba disini.Ini semua boleh makanan dan buat ubat……

        0

        0
        • Mata Kumpuan says:

          kalau boleh.. tutuplah bahagian dada tu ye dan labuhnya hingga jatuh ke bahu. baru afdal…ye jah? semoga beristiqomah…..

          0

          0
        • Syampu Hanez Suraya X Laku says:

          teringin nak tengok Nora Danish berhijab & duduk rumah jaga anak…asyik merayap je…tul x?

          0

          0
      • Peminat No. 2 ZZ says:

        Alhamdulillah..next Che Ta (dia kerap juga pakai tudung)..InsyaAllah..sama2 doakan..dah tak relevan kalau artis pakai sexy meksi ni..zila bakarin, take note juga..

        0

        0
        • Datin Semah Melawat Mangsa Al Nino says:

          Tumpang tanya, Cik Ta dah beli BMW utk anak dia? Dah masuk 3 bulan dah. Senyap je. Rasanya cat belum kering. Itu yg buat lambat kan? Mohon pencerahan… :)

          0

          0
        • Baby AA says:

          Ye ke? Teringin nak tengok Anita Sarawak berhijab. Mesti akan jadi berita hot…

          0

          0
        • Miranda says:

          setahu I KAK NITA mmg dah berhijab and Stay kat US skrg . Correct me if im wrong ?

          0

          0
      • Kobes bunga says:

        hehehehehe…. sambil2… jeling2.. jengok2….

        0

        0
    • Jaapar Onn says:

      Next, Che Ta. Insha Allah =)

      0

      0
  2. weng weng says:

    bagus lah..dah tuo pun..nak cari apa lagi? glamor pun dah habis..

    0

    0
  3. Entah le says:

    alhamdulilah…makin ramai retis y dh bertudung..jgn jadi mcm retis seorg tu..ckp nk berhijab x lama lagi la…tpi habuk pn x ad..kecoh jer y lebih..kak farahdia bila lagi..hari tu tengok drama dia bertudung memg nmpk cantik..harap2 kak farahdia terus bertudung..kak erra plk bila lagi…kawan baik dh brtudung..pd retis y seakan liat nk brtudung seperti nabila huda..zila bakarin..iffa radziah tu enth bila agaknya ye nk bertudung…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    betul ap y weng weng ckp tu…dia org ni dh kerepot pn..ap lagi la ye nk d kejo..zaman glamer dia org pn dh padam..lagi2 cik ta tu…salamiah hassan..shila majid..

    0

    0
  5. sue says:

    syukur lah klu dah tbuka hati nak bhijab.. pastikan pakaian juga jnis mnutup aurat,,, jangan kat ats je ttp tapi pkaian msih ketat mnampak kan sususk badan.. apa2 pun… alhamdulilah,smakin ramai selebriti yg bhijab…

    0

    0
    • Ummi says:

      Iya…menutup aurat, juga makna tutup shape badan kita….
      sedih melihatnya tutup aurat tapi bahagia buah dada nampak bentuk nya…

      0

      0
  6. adamjannah says:

    alhamdulillah..tahniah kak ziana..semoga istiqamah & terus sukses

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    Alhamdullillah…..asal niat dah ada tu pon dah kira dpt pahala,lagi terus menunaikan niat tersebut lagi la pahala berganda2.

    0

    0
  8. pink says:

    how come la ble jdi hadiah drpd Allah..
    bertudung tu wajib la x pyh tggu hadiah, segala seru hidayah la..
    (jwpn typical artis bla bertudung)

    ape pun tahniah la ye.. semoga istiqomah

    0

    0
    • normen says:

      pelik la org melayu typical nie.org pakai seksi kau kutuk..pakai hijab ada ja…nk dikondem….ya betul berudung menutup aurat satu kewajipan…ingat hidayah seseorang tu berbeza2 dtg dlm pelbagai bentuk…kalau dari kecik berhijab pon x semetinya dia akn berhijab sampai tua…semua org ada ujian masing2 yang ALLAH swt bagi…jdi jgn suka judge org….wallahualam

      0

      0
  9. senah says:

    Alhamdulillah.. Semoga hijrahnya diberkatiNya

    0

    0
  10. Aku LELAKI says:

    korang ni, dulu bila artis sendu pakai tudung korang kutuk, kata nk cari populariti pe la, siap ckp bilalah Ziana Zain, Neelofa, Umi Aida etc plak nak pkai tudung. Ni bila yg xsendu dan popular ni pakai tudung korang petik nama artis lain plak. dunia2. Apa pun, tahniah Ziana Zain.cantik anda bertudung.

    0

    0
  11. ila says:

    Alhamdulilah… moga berkekalan dalam hijab ya kak ziana.. tp yg paling menyebakkan hatiku bila melihat Tun Dr Siti Hasmah Bte Mohd Ali bertudung litup.. lama sudah kunantikan dari seorang tokoh ibu yg kuhormati ini.. #IndahnyaRamadhan

    0

    0
  12. semek says:

    Syukur Alhamdulillah..akan sntiasa support perkara2 kebaikan…
    Tak lama lg majlis award kat Malaysia dipenuhi wanita berhijab.oh indahnya

    0

    0
  13. Farah says:

    Alhamdulillah dan tahniah buat kak Ziana!

    0

    0
  14. blueberry says:

    jgn ttp kepala jer. tp pakai baju mcm telanjang. malu anak kt tahfiz.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    next bertudung is Azwan Ali

    0

    0
  16. kimmy says:

    Alhamdulilahh….sayang kak ziana dulu kini dan selamanya…sekarang ni ramai peminat seni tanah air lebih suka tgk artis malaysia berhijab. Sekarang mmg trend artis berhijab dan Insya Allah trend ni akan kekal smpai kiamat. kita pun dah berada di akhir zaman. Jangan kata artis, yang bukan artis pun sila la cepat berhijab. Yang masih bujang kesiankan la ayah anda. yang sudah berkahwin kasihan kan la suami anda. Janji Allah tu pasti. Setiap perbuatan akan ada pembalasannya.

    0

    0
  17. Syah says:

    Alhamdulillah.. semoga diberkati.
    Klu skg ramai wanita sibuk ngan tudung Fareeda sure x lama lagi akan ade Tudung Ziana Zaian.
    Klaua skg ni di Jekal hebonh dengan baju koleksi Siti Nurhaliza, baju melayu Aroon Aziz n Zizan dan kat Gulaties sibuk ngan bahu Aalia.
    Kite tunggu nanati akan ade koleksi baju n tudung ZZ dipasaran.
    Sure Beli…

    0

    0
  18. minah jambu merah biru says:

    emmmmmm cntek pon ziana bertudong semoga di berkati Allah selalu …lov u zianaaaaaaa !

    0

    0
  19. Sabri Ali @ Nick says:

    Alhamdulillah.. Lagipun umur dah nak masuk separuh abad sudah..

    0

    0
  20. Ikhlas says:

    Haaa..finally,x ssah pn kn nk brhijab.tp kbetulan
    ramai pulookk retis dpt hdayah buln baik nih.
    Tp my advise hnti2 lh selfie tu..boring

    0

    0
  21. Bellalicious says:

    Berhijrah…. Bertudung rambut…. Dan berselfie, berpisah tiada…

    0

    0
  22. […] Nuzul Quran yang lalu adalah hari yang paling bermakna buat Ziana Zain apabila penyanyi hebat ini mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. Berita gembira ini pastinya disambut riang oleh suami dan anak-anak Ziana. Namun di kalangan […]

    0

    0
  23. […] Nuzul Quran yang lalu adalah hari yang paling bermakna buat Ziana Zain apabila penyanyi hebat ini mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. Berita gembira ini pastinya disambut riang oleh suami dan anak-anak Ziana. Namun di kalangan […]

    0

    0