Written by AbangNara | June 7th, 2013

Ramai sungguh selebriti-selebriti tempatan yang menamatkan zaman bujang mereka pada minggu ini. Salah seorang daripada mereka ialah penyampai radio Era, Zahid dan kekasih hatinya Sarah. Pasangan ini telah berkenalan dan bercinta menerusi Twitter.

gambar kahwin zahid dan sarah

Mereka berdua telah sah menjadi suami isteri sekitar jam 3.30 petang tadi dengan sekali lafaz sahaja. Sebelum majlis pernikahan dilangsungkan, Zahid dan Sarah ditunangkan terlebih dahulu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak dengan mas kahwin sebanyak RM101.

gambar kahwin zahid dan sarah

Majlis resepsi pertama mempelai akan berlangsung esok 8 Jun 2013, manakala untuk majlis sambut menantu di sebelah Zahid pula akan diadakan pada 15 Jun 2013 di Teluk Intan, Perak. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan buat Zahid dan Sarah. Semoga perkahwinan anda akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!!!
gambar kahwin zahid dan sarahP.S: Dapatkan majalah Hijabista versi digital dengan harga yang amat murah di laman web Emall Karangkraf. Senang dibaca dan dibawa ke mana-mana. Yang penting, harganya lebih murah berbanding versi print out. Cubalah hari ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to (TAHNIAH)Zahid Kini Suami Kepada Sarah Dengan Sekali Lafaz

  1. locomoco says:

    tahniah zahid & wife.. semoga berkekalan selamanya…

    0

    0
    • ddd says:

      congrats zahid n julifa.. baru mlm td tgok stegremm zahid… semoga jadi suami yg baik yg boleh bawak isteri ke arah yg lebih baik…susah banyak2, pelan2 kayuh..aminnn

      0

      0
    • Olga says:

      NITA HAMZAH APA KHABAR??????

      0

      0
      • Nita says:

        Saya sehat dan saya ucapkan selamat pengantin baru kepada zahid dan isteri semoga bahagia hingga ke syurga. saya sekarang sedang belajar bagaimana nak mengambil hati lelaki jangan lah bimbang keadaan saya. Nita tinggi lampai.

        0

        0
  2. miss kiah says:

    fine!
    fine!!
    fine!!!
    ramai yang kawen berjemaah!!
    haku ni bila la pulakss

    0

    0
  3. mak lampir says:

    mak doakan semoga zahid & istri kekal hingga akhir hayat..
    Alhamdulillah.. camni la.. tup2 buat masjid..
    xperlu kecoh2 segala.. dan beserdehana..

    0

    0
  4. Sue says:

    Alhamdulillah… Kawen dah. Tahniah!

    0

    0
  5. ghostbuzz says:

    Tahniah buat zahid and wife…
    semoga bahagia hinggga keanak cucu….

    0

    0
  6. fontera says:

    Nape la BN selalu lambat update new..penuh dgn iklan jer!!! bosan la tgk iklan byk2 & abg Nara pulak asyik dok pos gambar dia & family jer..kita nk tau new psl retis bkn nyer dia

    0

    0