Written by AbangNara | October 20th, 2014

Kalau dah jodoh, memang tak ke mana. Perpisahan yang berlaku selepas bercinta selama 8 tahun sememangnya ada hikmah. Iyerlah, dah 8 tahun bercinta tup-tup orang yang sentiasa berada di sisi hilang entah ke mana, memang akan terasa kesunyiannya. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yazer dan Ekin yang bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Disember ini. Abang Nara suka dengan pasangan ini. Kedua-duanya sempoi dan tak banyak kontroversi.

yazer dan ekin

Majlis pernikahan akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di tempat yang sama. Kata Yazer menerusi Mstar Online:-

Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu. Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa.

Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama. Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat

gambar kahwin yazer dan ekin

Nasib baiklah Yazer terus melamar dan tidak menangguhkan lagi perkahwinan mereka. Wanita ini tak boleh tunggu lama-lama. Nasihat Abang Nara, kalau dah bercinta 2,3 tahun, duit pun dah cukup, kahwin je terus. Kalau tunggu lama-lama makin banyak halangan yang akan timbul. Apa pun, selamat pengantin baru buat Ekin dan Yazer. Semoga segalanya berjalan lancar. Tahniah!!!

P.S: Menara lego tertinggi di dunia. Ada berani?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to (TAHNIAH)Yazer Sahkan Bakal Nikahi Ekin 26 Disember Ini

  1. lia says:

    Tahniah..

    0

    0
  2. makjemah says:

    TAHNIAH YAZER & EKIN. SAMA PADAN. YAZER MAKIN HENSEM, EKIN MMG COMEL.

    0

    0
  3. musafir di labuan says:

    eee tolong la nara. Labuan tu wilayah persekutuan. bukan di sabah. betulkan fact ye. nanti jadi ajaran sesat pulak

    0

    0
  4. cik kundang says:

    Its wilayah persekutuan labuan..not labuan,sabah abg naraaaa yee..

    0

    0