Written by AbangNara | May 13th, 2015

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Berita gembira ini telah disahkan oleh Wawa Zainal sendiri. Untuk makluman, cahaya mata pertama mereka ialah seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar yang telah pun berusia 10 bulan.

wawa zainal hamil

Seperti pasangan lain, Wawa Zainal kali ini mengimpikan cahaya mata perempuan. Insya Allah kalau dimurahkan rezeki pasti dapat apa yang diimpikan. Dapat sepasang lelaki dan perempuan pasti akan tambah kemeriahan keluarga. Apa pun yang paling penting ialah bayi dalam kandungan sihat sejahtera sehingga hari kelahiran. Kata Wawa:-

Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga.

wawa zainal hamil

Memiliki seorang anak perempuan (setakat ini), Abang Nara akui yang baby girl banyak berbeza dengan baby boy. Selain daripada perangai, keseronokan menghias anak dengan riben, baju dress dan macam-macam lagi aksesori memang menyeronokkan. Semoga Aeril dan Wawa dapat anak perempuan seperti yang diimpikan. Sama-sama kita doakan. Amin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to (TAHNIAH)Wawa Zainal Kini Hamil Anak Kedua

  1. 1st says:

    bangnara..anak die setahun 10 bulan laaa..bukan 10 bulan

    0

    0
  2. melati says:

    Aduiiii kalau tk terkenal tk yah lah masuk blog ni Nara …ni semua group Myvi jer minat..

    0

    0
  3. mas says:

    KENA BUATAN ORANG KALI KE DUA KE? TAKYAH NAK BAGI TAU.KANG DAH KE

    0

    0
  4. mas says:

    KENA BUATAN ORG KALI KE DUA JUGAK KE.? TAKYAH NAK BAGI TAU. KANG DAH KEMBONG SEMUA ORG BOLEH NAMPAK

    0

    0
    • choi says:

      sekurang2nye die dah kawen, jaga laki n anak die. Kau? Dah kawen ke belum??? Seeeboookkk sgt nk ckp hal lama org tu. Bior le die kene buatan org ke pe ke.

      0

      0
  5. Beautiful Norra says:

    woww….sedapnyer badan Aeril…ehh…..kikiki

    0

    0
  6. maria says:

    tu aku pelik si nara ni..mana dtg anknya 10 bln..setau aku ank dia lahir dulu dr ank aku..ank aku pun da setahun 2 bln..nara2 ko ni mmg malas buat keje lebih la

    0

    0
  7. gatai lagi says:

    mmmm hmmmm ahakkk mmmm ye la norra lazatttt tau mereeecikkkkk

    0

    0
  8. Anonymous says:

    da sendiri nak nikah jgnlah salahkan org lain.. terus terang je lahh.. david teo tak boleh nak buat apa.. soal jodoh da sampai.. ini pegi salahkan ex majikan dia pulak..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    tak minat langsung couple ni…

    0

    0