Written by AbangNara | August 19th, 2013

Alhamdulillah. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna atas berita gembira ini. Mereka berdua bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Berita kedatangan cahaya mata pertama ini telah disahkan oleh Ustaz Don sendiri menerusi Sinar Harian semalam.

anak ustaz don

Tidak diketahui pula sudah berapa bulankah kandungan anak mereka. Kata Ustaz Don:-

Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.

Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya, mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT.

ustaz donSemoga segalanya dipermudahkan buat Ustaz Don dan Husna. Pastinya kehadiran cahaya mata sulung ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Sama-samalah kita doakan agar anak dalam kandungan tersebut akan dilahirkan dengan sempurna dan tanpa sebarang masalah.

P.S: Enjin-enjin yang digunakan di dalam kereta

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to (TAHNIAH)Ustaz Don Daniyal Dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

  1. jeemon haru biru says:

    tahniah ustaz!!

    0

    0
  2. nani says:

    alhamdulillahhh ;)

    0

    0
  3. peminat ustaz son says:

    Alhamdulillah, tahniah ustaz don dan isteri. Yeayyy Don Junior coming :)

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Alhamdulillah, Don Junior coming :)

    0

    0
  5. mas says:

    tahniah untuk ustaz don & isteri….ustaz don yang bergelar ustaz pun takut nak memikul tanggungjawab sebagai ayah…ape tah lagi kite ni yang biasa2 je.

    0

    0
  6. mArKoNaH says:

    alhamdulillah…tahniah….

    0

    0
  7. dina says:

    Tahniah Ustaz. Untunglah bakal2 anak ustaz…dpt mak bapak yg ilmu agamanya tinggi.

    0

    0
  8. deheart says:

    Alhamdulillah…tahniah buat ustaz dan isteri-:)

    0

    0
  9. eRnY r!z@L says:

    Tahniah Ustaz Don Daniyal dn Isterinya..

    0

    0
  10. Ziela says:

    Apsal wife dia ada iras2 Fara Fauzana eh?

    0

    0
  11. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    bukan Nye susah sangat nk didik anak2 ni ustaz don…senang ajeeee masa anak lagi kecik2 ajar dia cara hormat orang tua n mengaji …bila dia dh sekolah pakai kn dia sarban macm ustaz don nanti lama2 dia dh terbiasa ngan memakai sarban tk gitu ustaz don ? bukan Nye susah sangat nk jaga budak kecik…..lain la kalau dia dh besar lagiii susah nk jaga …nanti malam2 mak bapak dh tido dia curi konci motor bapak dia peg merempet lagiiiiii hamlau tol tk ustazzzzzzzzz…..semoga isteri ustaz selamat melahir kn dn di permudah kn oleh Allah amin..

    0

    0
  12. HambaAllah says:

    Salam. minta abang nara maklumkan pada rakan2 pembaca ni bahawa jurugambar pernikahan ustaz don (nadia zahari) telah kembali ke rahmatullah baru2 ini akibat kemalangan jalanraya di Shah Alam. Gambar2 di atas hasil karya arwah..mohon sedekahkan Al Fatihah..

    0

    0
  13. SH says:

    Inilah lumrah dunia…seorang insan ‘kembali’ menemui Penciptannya…seorang insan lain bakal mewarnai dunia yang sementara ini. Al Fatihah buat arwah..Alhamdulillah dan tahniah buat Ustaz & isteri.

    0

    0
  14. […] (TAHNIAH)Ustaz Don Daniyal Dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata (24) […]

    0

    0