Written by Bella | November 20th, 2015

Walaupun rezeki beliau untuk terus mencipta kejayaan yang lebih lagi bersama Alyph menerusi kumpulan Sleeq sudah terhenti, nyata Syarif dikurniakan dengan satu anugerah yang cukup bermakna dalam hidupnya apabila isteri beliau Malaque Mahdaly yang sudah mengandung 7 bulan disahkan sedang hamil anak perempuan.

Alhamdulilah, isteri saya kini hamil tujuh bulan dan hasil pemeriksaan imbasan bayi, kami dijangka menimang cahaya mata perempuan. Setakat ini, kami masih melakukan persiapan sedikit demi sedikit memandangkan kami bakal menyambut kelahiran sulung kami dalam masa dua bulan sahaja lagi.

Sudah lumrah untuk wanita yang sedang berbadan dua, tentu sekali mereka akan mengindam benda-benda yang agak pelik. Bercerita mengenai pengalaman itu, Syarif memberitahu Malaque pernah mengidam untuk memakan telur ikan pada jam 3.00 pagi.

Dia pernah mengidam untuk makan telur ikan pada jam 3.00 pagi. Di mana pula saya mahu mencari telur ikan pada jam 3.00 pagi? Sebenarnya, sikap dia telah banyak melatih diri saya untuk bersabar. Apa yang saya fikir adalah Malaque kini sedang hamil anak sulung kami dan saya perlu lebih memahami dirinya.

Itulah kata orang, kalau kita bersedih dengan rezeki yang sudah terhenti pasti Allah SWT akan menggantikan ia dengan perkara yang lebih baik lagi. Tahniah kami ucapkan kepada Syarif dan Malaque semoga segala proses untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka dipermudahkan.

Sumber Berita: Murai

5 responses to (TAHNIAH) Syarif Sleeq Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan Tidak Lama Lagi

  1. pening says:

    kagum tgk artis2 spore ni yg isteri2 diorg sopan n bertudung…cm aaron, adi putra, syarif sleeq…xde kejar glemer nk pki sexy2 sgt…lebih berubah ke arah baik…tp bukan sbb masuk malaysia…sbb malaysia ramai jugak yg sexy melampau…

    0

    0
  2. eqa says:

    cantek;)

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Apa sajalah ayat abang Nara..rezeki Sharif terhenti..dia ada businesslah Kat SG. Berhenti menyanyi tak bermakna rezeki dia tehenti..rezeki ada dimana2…antara rajin mencari dgn tidak..entah2,dia lebih berjaya dam murah rezeki berbanding dulu

    0

    0
  4. alami says:

    Tak dapat telur ikan bagi telur ko jer laa.. hahaha

    0

    0
  5. melati says:

    bagus lah ..yg penting jgn tiru gaya Che Ta…berlagak gan Deposit org….contohi lah Dato Virda…bergaya gan duit sendiri…..

    0

    0