(TAHNIAH) Syaiful Zero Kini Sah Bergelar Suami Kepada Pasangan Hanya Dengan Sekali Lafaz

Hiburan

(TAHNIAH) Syaiful Zero Kini Sah Bergelar Suami Kepada Pasangan Hanya Dengan Sekali Lafaz

Hanya dengan sekali lafaz pelawak Syaiful Zero telah pun sah bergelar suami kepada pasangan beliau Ashura Rudy pada lewat petang semalam di Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah.

Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000. Pasangan ini dinikahkan oleh juru nikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat iaitu, Kabil Bin Sazali.

Advertisement

Sebelum ini, Syaiful memberitahu beliau terpaksa menangguhkan  tarikh perkahwinan beliau  dari bulan Februari kepada Julai kerana ingin fokus kerjaya selain menghantar ibunya menunaikan haji dan membuat rumah baharu di Kudat.  Walaubagaimanapun sekitar bulan Jun lalu, rumah mereka di Sabah telah musnah dijilat api  dalam satu kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Apa-apapun kami di BeautifulNara ingin mengucapkan tahniah kepada Syaiful dan isteri. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Amin..

Sumber Berita :  Astro Gempak

Lagi beberapa foto Syaiful Zero dan isterinya dibawah:-

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...