(TAHNIAH) Siti Saleha Umum Nikah 28 Julai Depan

Hiburan

(TAHNIAH) Siti Saleha Umum Nikah 28 Julai Depan

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon Siti Saleha yang bakal bernikah dengan tunangnya Lutfi Azhar pada 28 Julai depan selepas selesai solat Asar. Walaubagaimanapun, buat masa ini Siti Saleha masih lagi merahsikan lokasi pernikahannya itu. Pasangan ini memilih tema tradisional dan moden untuk majlis raja sehari mereka.

Advertisement

Alhamdulillah saya sudah mendapat lokasi untuk melangsungkan perkahwinan dan sudah ada tarikh iaitu pda 28 Julai ini.

Manakala majlis resepsi diadakan di lokasi lain pada keesokkannya. Majlis pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas nikah. Kami memang mahu buat majlis pada tarikh yang dekat supaya mudah saudara mara yang jauh untuk datang.

Ditanya adakah beliau sudi untuk berkongsi detik hari bahagianya bersama pihak media, Siti Saleha sebenarnya tidak kisah mengenai perkara itu. Namun, beliau tetap akan berbincang dengan bakal suaminya itu sekiranya Lutfi tidak selesa memandangkan beliau bukanlah selebriti.

Saya tidak kisah jika ada media yang mahu membuat liputan pada majlis itu, namun saya akan berbincang dahulu dengan bakal suami. Saya takut jika dia tidak selesa pula kerana dia bukan selebriti.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Siti Saleha dan pasangan. Semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah SWT.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...