Written by AbangNara | August 7th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

shila amzah kini bertudung

Berkata kepada wartawan Mstar, Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat. Kata Shila:-

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.

shila

Serius Abang Nara agak terharu membaca kisah Shila Amzah ini. Simple tetapi penuh dengan makna di sebalik ceritanya. Kepada peminat Shila, jangan risau kerana Shila memberitahu yang dia akan tetap menyanyi. Namun nyanyiannya itu akan disesuaikan dengan imej terbarunya.

Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.

Baca Yang Ini Pulak:-


96 responses to (TAHNIAH)Shila Amzah Kini Sudah Sedia Untuk Bertudung Sepenuhnya

  1. Bagus La says:

    Alhamdullilah..nice!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 60 Thumb down 2
    • Sekadar Renungan says:

      syukur…..lepas ni kalau bergambar, jgn pegang2 lagi ya. tak manis. buatla azam baru. semoga sukses!

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 79 Thumb down 2
      • peah buang says:

        SEJUK MATA KAK PEAH MEMANDANG!!!!!

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 43 Thumb down 1
      • bulu jobor says:

        jgn jadi cam Tok Tie udah la…pakai pun ala2 tak bersungguh. teruskan niatmu. macam nak gunting serkup jala nelayannya itewwww!

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 51 Thumb down 8
      • Kembali Menyokong Sheila Amzah says:

        cakap pada Sharnaaz jgn marah2 dlm twitter. itu hanya dugaan dunia.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 0
      • drogan ball ada 7 biji semuanya says:

        syukur alhamdulillah, tp still nk nyanyi ker ? lebih baik cari keje lain shila, btw congrats yer :)

        p/s: berkenan lah pulak awek cun sebelah shila tu, cun giler :3 hahaha

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 30 Thumb down 5
      • Anonymous says:

        pasni buleh pasang azam tanak gesel2 n pegang2 lg ngan lelaki bukan mahram okeh

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 0
      • Choki-choki says:

        Alhamdulillah.. lepas ni insya Allah Shila boleh labuhkan tudung tu melepasi dada…

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 26 Thumb down 0
      • hot kawan kau shila di bulan puasa ni. suruh dia pun serkup sekali

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
      • Anonymous says:

        shila klau betul la you punya BF tu panas baran better you fikir betul2 utk sehidup semati dgn dia…. org panas baran ni susah nak dijangka…
        klau I jd mak bapak shila I takkan tergamak nak bg anak I bersuamikan lelaki panas baran..
        fikir yer dik… wlaupun hensem tp panas baran susah juga hidup nnti..

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 37 Thumb down 4
      • ana says:

        sebelah shila tu awk indon yg b’lakon dlm sinetron nada cinta tu kn???lupe lak nme die dlm cite tu ape…yg jd adik tiri nada…klu xsilap la..muke serupe je…;))

        Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 2
      • shila mambo says:

        kalo pkai tudung nk snap gmbor pastu duk tsengih sana tsengih sini baik tak pyh..ko hengat ko comel ke???puuuiikkkk..dh pakai tudung tu tak usah lg nak bpegang2 dgn si shahnaz tu..jaga kelakuan tu..

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 8
    • Kak Yam says:

      makeup tu kau boleh jgn tebal. tak perlu awak masih muda.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 9
    • tah says:

      pasni jangan peluk2 dah ye shila

      nara, topik sama tapi buat entry sampai 2 kali. apa kes

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 3
    • lisa ray says:

      ayu raudhah pon dah bertudung la…ari 2 muncul kt besday zaquan kt hotel.

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3
    • Kuna says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 36
      • NFI says:

        KUNA,
        Statement ko ni yg aku tak boleh blah..Allah suruh pakai tudung tak kire la muka tu bulat ke,lonjong ke,segiempat ke..sesuatu yg wajib..ko boleh nak hold pulak ek..ko agak-agak masa muka ko tgh bulat ni…malaikat maut tak akan datang kt ko..mintak sgt2 la kat ko..tolong la jgn nak memalukan umat islam dengan statement ko ni..Ada otak guna..kalau ko kata ko tak sedia lagi nak pakai tudung..ok la..tp alasan ko tak bersedia tu mcm hampeh

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 3
      • Anonymous says:

        dia buat ayat menyindir je tu… ce baca dgn nada lain sikit..

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
    • Anonymous says:

      Bertundung itu adalah wajib bg perempuan yg beragama islam..

      Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      shila bertudong ni mesti dia kena paksa ni kn…..ni mesti bukan kerelaan hati dn iklas dari shila ….anyway lepas bertudong ni cepat2 lah kawinnnnn…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 6
  2. Syabas says:

    …Amin!

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
    • doo..doo.. says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 27
    • mashi says:

      siti, ko ade?

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  3. annur says:

    tahniah shila.. Syukur alhamdulillah… Nampak sgt manis ayu je.. Satu je nak pesan.. Jgn campur adukkan penghijrahan ni dgn politik.. X mo ye.. Nanti x sweet lg dah.. :)

    Hot debate. What do you think? Thumb up 17 Thumb down 8
  4. Peminat Setia says:

    Suka! suka! suka!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  5. iezet says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 25
    • Rona Dangdut says:

      itu bukan dia.. itu Tesha Sheila kaki disco!!!!! ahaks

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 1
    • kk vogue says:

      kan die dah gtau die pakai sejak 1 ramadhan pas2 die bkk tudung mase penggambaran nona… pas2 bile nk kuar berbuka puasa tibe2 die rase nk pakai tudung… ko ni x reti bace ke?

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 52 Thumb down 0
  6. Eikin says:

    Alhamdlillah, semoga dilimpahi rahmat hidupmu

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  7. Alhamdulillah..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  8. syafiz says:

    Alhamdulillah. Cantiknya shila bertudung.. suke sangat tengok! (:

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  9. bukan peminat shila says:

    Alhamdulillah. Jangan risau rezeki terjejas selepas bertudung, sebab bukan tudung yang bagi rezeki, tapi Allah. Semoga kekal bertudung selama2nya dan lepas nie saya harap shila dapat jaga batas bergaul dengan shahnaz… no touching2 okes :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 2
  10. lolipop says:

    Alhamdulillah.. semoga perubahan ini kekal ke akhir hayat… syukur diberi hidayah Allah dalam bulan yang barakah ini.. moga sentiasa dalam keberkatannnya..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  11. mmg comel… Alhamdulillah… :” )

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  12. Anonymous says:

    Ur beautiful sis

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  13. Panji2 Hitam says:

    Jangan lupa amik kira hukum hakam yg len. cthnya. tabarruj.Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).cth tabbarruj, make up berlebihan sehingga mnarik perhatian org rmai.Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 52 Thumb down 1
    • alim2 kucen says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 25
    • ini kalilah! says:

      cukur kening pun haram bagi org Islam :) Allah yang larang.. bukan mak sy ckp, bukan suami sy ckp

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. waktunote says:

    …24) Ras adibah Radzi
    …25) Normah Damanhuri

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 1
    • ......... says:

      25) Anita Serawak..tpi y x blh nk tengok seniwati mariani..aduhai..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 1
  15. nenek kebayan says:

    nenek pon nak berhijrah gak.. tp guna rambut pelesu blh? minta pandangan ostad n ostajah please..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 6 Thumb down 7
    • atenye! says:

      haram pakai rambut palsu…pakai je tudung…puneylah banyak tudung kat dunia ni…tudung saji pun buleh ye nek..

      Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
      • NENEK KEBAYAN says:

        terima kasih wahai saudara…heheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

        Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  16. sall says:

    semoga shila dan aritis2 yg dh bertudung yg lain2 tu bkn hanya bertudung sepenuhnya tp MENUTUP AURAT sepenuhnya.. pakai tudung belum tentu lg menutup aurat kalau pkai ketat2 nmpk bentuk badan, tudung x tutup smpai menutupi dada..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
    • alim2 kucen says:

      awak pakai jubah ya tiap2 masa? alhamdulillah

      Hot debate. What do you think? Thumb up 7 Thumb down 11
      • ting tong says:

        dia mmg berjubah tiap masa..sume baju dia longgar jek.. tudung labuh tau.. tapi tak pasti la kan..sbb muka dia tak nampak tak macam artis kejap2 masuk blog haha

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  17. my boo says:

    hopefully jgn dijadikan trend artis2 berhijrah dan berhijab ni..semoga yg dh berhijrah akan terus memantapkan diri dgn ilmu agama.same goes to me.Insya allah.Amin…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  18. Cowboy BeBop says:

    Alhamdulillah. Satu usaha yg bagus dan murni. Diharap ia dilakukan dgn ikhlas & bukan utk menutup kontroversi anda dgn boifren anda sebelum ni. Juga diharap jgn harap bertudung sekadar menutup rambut saja. Pakaian juga perlu dilonggarkan juga. Tiada guna bertudung sekirang masih memakai pakaian yg ketat sehingga menampakkan bentuk badan seperti apa yg diamalkan kebanyakkan masyarakat Islam di Malaysia ni. Juga diharap selepas bertudung ni, jgn lah pulak masih lagi jln dgn boifren anda berpegang tangan serta berpeluk2. Sekiranya ianya masih lagi berlaku, anda masih belum faham konsep memakai tudung serta konsep halal & haram.
    Akhir sekali, tahniah saya ucapkan.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 1
  19. Sshh says:

    Fathia..Nora Danish n Tizz kan ctk bila bertudung..knpa ye dia x nk bertudung lagi..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 1
  20. [...] Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan … Continue reading → [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  21. blon pala ley... says:

    SMBUNGAN calon2 penghijrah
    -aku
    -nara
    -rozita che wan

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  22. Anonymous says:

    alhamdulillah….tp peringatan utk shila amzah…setelah brhijrah nih..minta jg batas2 pergaulan antara lelaki n perempuan, especially jgnlah pasni msh lg mcm dlu,brpgg tgn, peluk pnggang n rapat2 tu..tlg hormati tudung yang anda pakai… .

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  23. alim2 kucen says:

    nak jadik ostad & ostajah tapi bagi gelaran kat retis2 kat sini kemain lagi korang ya…ada hukum tak kalau korang wat cam ni?

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 7
  24. comey la kau! says:

    Usaha yang boleh dibanggakan..bile kita berubah bukan bermakna kita alim kerana kita terlalu jauh utk itu..tp sekurang2nya kita berusaha utk menjadi yang lebih baik drp sebelumnya..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  25. jebon says:

    bosan aku dari brp hari dok post cerita ni jelah

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  26. dani niza says:

    Bertudung itu wajib,paksa x paksa.dh mmg hukum.jgn tunggu smp seru lah,x bersedia lah.mati,ajal bersedia ke tunggu korg.dh di riwayat oleh Rasulullah penghuni neraka yg ramai wanita.sbb salah satunye x menutup aurat.kite doakan yg terbaik bg penghijrahan tersebut.jgn plak pas ni mengata org bertudung x smsti baik.tp dasarnye die dh laksanakan perintah Allah yg wajib dan telepas dr hukuman Allah.insyaAllah.dan dosa x betudung b4 ni kite betaubatlah dgn seseungguhnya.semoga diampuni dosa tersebut

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  27. Abg Joned KE ELL says:

    SALAMIAH HASSAN! – Harus Bertudung..Geng2 Mariani la die ni….
    Pelakon n Penyanyi lama2 mcm susah sikit nak bertudungkan..napa ya…dieorg hanya berselendang jer..

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
    • Anonymous says:

      Berselendang pun dah kira ok jugak…takde dalam kitap atau al-quran yang suruh pakai kain tudung ke apa ke ada cara2nya..orang bosnia pun banyak berselendang jugak dan ada tak menutup kepala mereka pun banyak jugak samaada wanita2 islam muda atau yang tua2 termasuk artis2 islam mereka pun banyak jugak..takde pun kecoh dan dihentam oleh wanita2 dan orang2 lelaki disana..orang2 arab dan dinegara2 lain2 jugak..berselendang pun dah kira satu penutupan aurat jugak..sini je yang memandai2 suka diadakan peraturan sebegitu rupa..itu hak individu sebenarnya..asalkan dah menutup kepala pun dah kira ok jugak apa.. sekurang2nya dia dah menutup pandangan nafsu orang lelaki jugak dan mengikut perintah tuhan..wanita2 yang bertudung litup pun orang lelaki tengok pun bernafsu jugak..orang2 lelaki ni dah memang tertulisnya begitu..tak kira bertudung ke tak..wanita2 sini pakai tudung pun ada yang macam nak jerut leher pun ada..luar negara pun ada sebegitu tapi tak banyak dan tak seteruk wanita2 malaysia ni..semakin banyak dan terikut2..sampai orang lain tengok orang lain yang terasa sakit tekak mereka..semacam nak telan makanan pun dah jadi susah dan terseksa..dahlah tak dapat udara masuk langsung..peluh apa lagi melekat dekat kain2 tudung mesti masam semerbakkan…ada yang tudung2 berlapis2…dah semacam kuih lapis dan tilam yang ditutup dengan cadar berlapis2 jugak..tak rimas agaknya mereka2 ni..orang lain buat semua nak buat..pelik sungguh wanita2 malaysia ni….hiasan ditudung pun serabut semacam…seperti ada tanglung yang terjuntai sana terjuntai sini..bunga2 pun dah macam orang nak pergi promote bunga..sanggul toncet bertudung pun dah macam gunung2 yang ada bersamaan dengan bonggol2 unta…..ada yang dari pandangan tepi sanggul bertudung dah melonjong memanjang sangat.. pelik dah macam orang planet pun ada…ada sanggul diatas kepala pun semacam kek2 yang ada..kek2 nak roboh pun ada..warna2 tudung pun berlebihan dan terang menerang sakitkan mata orang2 yang memandang dan banyak yang tak berkenan..pngantin2 bertudung pun dah terseksa yang semacam kena jerut semua ada…hari berbahagia pun dah jadi hari menyeksakan..pada mak andam2 tolonglah jangan buat pengantin2 terseksa sebegitu rupa..janganlah terikut2..dahlah terseksa dijerut dileher tu ditambah dengan perhiasan dan lampu lip-lap yang pelbagai..yang menyemakkan lagi..semak,serabut dan buat tergelak dek orang pun ada..kesian… kesian…kesian…dengan wanita2 yang jadi begini dan mangsa fesyen sakan ni..dahlah perasan cantik pantang kena puji..mulalah dia nak berlebih-lebihan tu yang ada dah nak bertudung kononnya nak berhijrah dan berubah..tapi sebenarnya disebabkan dah kena puji tu yang jadi perasantan terlebih…tapi dalam hati masih memberontak rambut nak tunjuk berfesyen jugak..tapi nak buat macammanakan terpaksa pendamkan saja..kesias jugak dengan wanita2 ni semua..mekap pun dah satu pembongan menutup wajah yang sedia ada tu…ada yang mekap pun dah macam oprah cina sama juga dah macam badut..kesian pada lelaki2 semua…tertipu dan ditipu…hilang keaslian dan tak asli langsung…memang mekap tak salah tapi janganlah berlebih2han wahai wanita2 semua..anak2 kecil pun ditudungkannya dah serupa macam orang tua..tak sesuai dengan usia mereka yang dah kelihatan tua.. dahlah tak merasa hari kanak2 mereka lepas tu dipaksa sebegitu rupa.. tak sesuai langsung..berpada2lah jugak..pada yang terasa maaf dipinta ya..komen yang ikhlas ni sekadar pesan memesan saja supaya wanita2 bertudung ni tak jadi mangsa fesyen jugak..terima dengan hati terbuka ya..ok salam ramadhan..

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 3
      • hoi!!! says:

        bapak panjang..ko wat thesis ke apeeee???

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
      • Anonymous says:

        Dik, apa2 hal pun menutup aurat tu wajib ..kenapa pula perlu ada kenyataan setakat tutup kepala sudah memadai..penuhkan ilmu didada sebelum buat kenyataan yg memendekkan akal..jika kanak2 diajar bertudung..itu bgs tidak menghlg lsg zaman kanak2..malah diajar supaya sentiasa menutup aurat apabila tiba masanya kelak..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
      • Anonymous says:

        Jgn lah ikut org bosnia pakai selendang..mana Ada dibolehkan menutup aurat cukup sekadar menutup kepala..sila rujuk hadis nabi..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  28. Lula says:

    alhamdulillah dah berubah ke arah kebaikan
    tapi lepas ni jangan pulak ko p berkepit dengan pakwe ko tu ye
    dah pakai tudung, adab & tatasusila harus di jaga

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  29. syabas says:

    shila, benar dapat hidayah. mahu menunaikan kewajipan dalam usia muda. tingkatkan ilmu ya shila sejajar dengan peningkatan amal. semuga segala usaha untuk memperbaiki diri di berkati dan diberi kemudahan dan kekuatan.
    dampingi mereka yang berilmu dan beramal soleh. juga pasti shila juga akan diuji. sabar dan istiqomah dalam ujian ya :)

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  30. qwertyuiop says:

    Alhamdulillah,cepat tersedar,lagipun dia muda lagi,contoh yang baik,yang sedihnya,artis lain tua tua masih lagi berbalut balut baju,tudung apa lagi..

    lisa surihani,,come on….

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  31. insan biasa says:

    bgus pendekatan yg diambil oleh shila hamzah tu.. tp jgn hanya kepala jer ditutup.. banyak perkara lain yg harus diambil kira.. tidak guna jika menutup aurat sekiranya masih memakai pakain yg ketat & hijab tidak menutup paras dada. menipiskn kening & memakai bulu mata palsu juga adalah haram sama sekali iaiya sama dengan zaman jahiliyah, Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. komentar ini tidah hanya pd shila juga kepada sume artis & bkn aris yg berhijab.
    Wallahualam
    **sy suka dengan penampilan diana amir** bersederhana

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
  32. Anonymous says:

    satu langkah untuk memulakan satu perjalanan yang sukar tu, susah nak dibuat..contoh nak berhijrah dari biasa tak tutup aurat kepada menutup aurat. tapi, bila dah melangkah,..insyaAllah,..jika diniatkan kerana Allah, akan lancar perjalanan dan penghijrahan tu..pada peminat2,..jgnlah terlalu drastik meminta untuk penghijrahan yang total..biarlah perlahan-lahan tetapi semakin hari semakin baik…bila drastik ni, seperti meminta orang yang baru masuk Islam untuk mengimamkan solat laa..mau jadiknye????

    point saya,.bagila sokongan dan bukannya kritikan atau pandangan yang tidak membina….Alhamdulillah, shila sudah berubah..menutup aurat yang wajib iaitu rambut..dan selepas ni,,beransur2 la belajar menutup aurat-aurat lain pula…semoga dipermudahkan urusan dan penghijrahan anda..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  33. nehi says:

    aritu wktu bbuka tjumpa raja farah bsama suaminya…sgt2 cantik orgnye…suaminye siap berkopiah…sejuk mata memandang melihat dorg bdua…aku pasan raja farah sejak bertutup litup cam tkde sape yg pasan…media pun jarang melibatkan dia…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  34. lady says:

    let her slowly change to the better…jgn nak perli2 kutuk2 lebih2 sgt kita sendiri bukan perfect sgt pun.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  35. Lagubestbest says:

    Tutup jela aurat tu, pusing-pusing jejauh pun last sekali kita mati gak kne hadap gak masyar dan syurga/neraka Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  36. pelik says:

    agama tu bukan utk golongan ustaz atau ustazah smate2x . pelik dgn manusia yg diberi nikmat jadi muslim tapi sgt skeptikal bile ade org menegur cpt saja dilabel ustaz dan ustazah …org pakia tudung ikhlas atau tak tuhan je yg tahu….dan Allah sgt suke perbuatan yg istiqamah walaupun sikit…inshaallah berubahla tu sikit2x…yg penting first2x solat dulu yg penting solat yg dgn penuh penghayatan…xperlu jadi ustaz or ustazah utk tahu hal agama….. pemerhatian dr kawan2x dan keterbukaan utk bergaul dgn org agamanye walaupun diri xbaik xkn merugikan dpt melebur sangkaan atau skeptikal

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  37. nina says:

    erk…yg sebelah tu Rasti(Michella Putri) …Nada Cinta ….Cantik jugak…:)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  38. rainbow says:

    Tahniah!! =) semoga menjadi mukminah, jaga adab dan batas pergaulan dgn bkn muhrim juga.. =)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  39. sangkaan meleset says:

    this is for bulu jubo: i agree ngan u. “tok tie” mcm sgt familiar n kuat hint tu.
    i support those yg nak berhijrah.respect sgt. as long as u r not hypokrit mcm si tok tie..wat ever tie yg pakai serkop mcm separuh dunia spearuh akhirat di telapak tangan. xpe la kalo ter-terpegang yg bukan muhrim..asalkan x mengambil hak kepunyaan orang lain. harap la yg dikeTOK mengerTIE..wat ever it is good luck sheila.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  40. Selamat hari raya says:

    Alhamdulillah semoga akak dan shila bjaya mjadi wanita solehah..dan dpt mng’upgrade’ kan hijab kita ke tahap maksimum…smoga cepat kejinjang pelamin Amin..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0