Written by Bella | April 4th, 2016

Bersempena ulangtahun kelahiran Sherry Ibrahim yang ke 33 semalam, pelakon Sherry Ibrahim telah membuat satu keputusan yang cukup bermakna dalam hidupnya apabila kini sudah berhijab sepenuhnya.

Jelas Sherry ia adalah hadiah buat kedua ibu dan bapanya dan keputusan itu sebenarnya dibuat dalam waktu yang agak singkat.

Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah.

Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka.

Saya berasa sayu apabila tidak menyumbang sesuatu kepada mereka. Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini. Saya dapat lihat perasaan gembira pada wajah mereka.

Sherry selepas ini masih akan meneruskan kerjayanya seperti biasa, cuma beliau akan lebih selektif kerana ingin membawakan watak yang sesuai dengan imej terbarunya.

Alhamdullillah, terbuka lagi pintu hati seseorang artis wanita Malaysia untuk bertudung, lebih manis bukan Sherry Ibrahim bila berhijab? Harapnya perubahan ini akan kekal dan teruskan mendoakan yang terbaik buat Sherry.

Sumber Berita : BH ONLINE

16 responses to (TAHNIAH) Sherry Ibrahim Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

  1. minah jambu terlajak habis says:

    hensem bapak u sherry…lov u…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    xyz

    0

    0
    • Really??? says:

      Yang aku tak boleh HADAM…” Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini.”

      Agak agak lah nak sedapkan cerita….kau tu anak buluh betung ke sampai pakai tudung je, mak kau tak kenal kau???

      Aku pakai topi cowboy pun bapak, mak, nek, atuk…semua kaum kerabat masih kenal & cam aku…!!! Adoooiiii hai…..bila artis bukak mulut….

      0

      0
  3. dora says:

    harap2 kekal…sweet je bertudung…alhamdulillah
    jgn cam zarina zainuddin…statement bongok…ikut sukati nak pakai…
    dah tua2 pun bajet muda lagi…malu la yg muda pun ramai yg dah bertudung..

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      eh dia punye suka la nk bertudung ke tknk bertudung ! yg kau ni pehal nk paksa2 orang ???? dia punye suka bersedia atau lm bersedia..! jadi manusia jangan nk memandai2…yg muda ramai yg dh bertudung tu dorang trend ikot ikotan n bukan Nye dorang nk berhijrah sangat saje2 aje bertudung ikot pesen…lov u zarina z…

      0

      0
      • ieja says:

        xkesah la kalo sesetgah tu bertudung utk trend atau berniaga.. yang penting dorang ade terpikir utk menutup aurat.. tambah pulak berniaga kn satu ibadah.. kewajipan lagi penting dari keikhlasan utk di bawa ke sana.. kite kt sini cume sementara

        0

        0
        • minah jambu terlajak habis says:

          itu diaorang punye lasal la ! tapi jangan suka paksa2 orang yg belom bersedia bertudung !!

          0

          0
      • MLZ says:

        agak2 klu mati korang dah bersedia ke?

        0

        0
  4. lan says:

    cantik..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    kn cantik n manis la brtudung…alhamdulilah…

    0

    0
  6. melati says:

    ni semua pasal Neelofa bodo tu…..pasni berniaga lew tudung, boleh dpt RM50 juta….kakakahhaahahaahaaaahahhaha

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      betol tu melati 50juta ! aku kaya ! aku kaya ! 50juta ! hahahahaha..

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Alhamdulillah… cantik..

    0

    0
  8. nur says:

    alhamdulillah..ringan dosa ayah masa dibawah jagaan dia…jgn ingat suami je, ayah pun kena sayang jgak.kerana anak perempuan,ayah theret skali taw walau ayah ni imam ke ustaz ke…sebb itu tgjawab die.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Cantik sgt dia pakai tudung :)

    0

    0
  10. sis says:

    alhamdulilah…moga dipemudahkan…

    0

    0