Written by Bella | August 24th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang chef iaitu Doul Harun dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Ara Damansara malam Sabtu lalu.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Sheera, Tengku Iskandar Tengku Ahmad dan telah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,000. Walaubagaimanapun,kedua-dua pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk merahsiakan wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah yang sama oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam kenyataan kepada media sebelum ini, Sheera hanya akan melangsungkan majlis pernikahan dahulu dan merencana untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada tahun hadapan.

Semoga rumah tangga yang dibina ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kasih sayang serta rezeki yang barakah.

Di sini kami kongsikan beberapa lagi foto sewaktu majlis akad nikah Sheera Iskandar dan pasangan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram K5 Live Update

6 responses to (TAHNIAH) Sheera Iskandar Sah Bergelar Isteri Kepada Doul Harun

  1. lia says:

    Tahniah..

    0

    0
  2. Honey says:

    congrats!.. moga berkekalan hingga ke akhir hayat.. aaminn

    0

    0
  3. Anonymous says:

    simple n nice. conggrate..where’s her mother

    0

    0
  4. El says:

    Tahniah…smoga bhgia

    0

    0
  5. minah jambu says:

    cantek sheera ..kakak minah jambu cakap muka sheera sama macm mak dia dulu2 time drama mak dia pakai baju sekolah kt Singapore…mak sheera ni jambu tau masa dulu2..kakak minah jambu yg bilang kalau tk pon minah jambu tk tau jugak…tahniah sheera u soooo sweettt…lov u..

    0

    0
  6. Linzy Longkang says:

    gemsss nyer panten..pepun tahniah lerr semoga berkekalan jadi mrs dol

    0

    0