Written by Bella | April 5th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah yang kini sedang hamil anak beliau yang keenam.

Shiera mengesahkan kandungan beliau kini sudah masuk dua bulan dan mengetahui dirinya berbadan dua selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya pada hujung bulan Februari lalu.

Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu. Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga.

Pada awalnya Shiera merasa bimbang kerana mengandung pada usia 40an, walaubagaimanapun setelah mendapat nasihat doktor beliau kini lebih berjaga-jaga dalam melakukan sebarang aktivit dan berharap segala proses kehamilan dipermudahkan.

Saya berasa seperti hamil anak sulung sebabnya sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saja saya teruja nak melalui detik sedemikian. Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Selepas hamil kali terakhir sekitar 7 tahun lepas, kali ini Shiera dan suaminya Ijoy mengimpikan untuk mendapat bayi lelaki kali ini.

Hasil perkahwinan bersama pelakon Ijoy, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, dan sekali keguguran.

Sebelumnya, Shirah mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to (TAHNIAH) Sharifah Shahirah Sah Hamil Dua Bulan

  1. poyos la says:

    dasat la..retis skrg umo da 4 series pon masih mampu peknen mcm che ta, DD elias, shira … syiok plk ak tgk.. yg mude kna usaha lebih ..hrp dato ct tabah la ..

    0

    0
  2. Vidi says:

    Alhamdulillah tahniah buat kalian.
    Jaga diri dan kandungan elok2 ya kak.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tahniah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Ingat ayat dia dulu.. “Mengandung lggg nk buat mcm mna laki hensem” hahaa

    0

    0
  5. Anonymous says:

    subur betul die ni..

    0

    0
  6. AllahMahaBesar!! says:

    mengandung selepas pulang dari tanah suci…
    alhamdulilah…
    berjuta2 gi sana…
    awak berdua balek..
    dpt anugerah…istimewa!!
    cuma……….
    apabila Allah menganugerahkan..
    kita jugak harus bersiap sedia dgn Ujian darinya.

    0

    0
  7. Chan mali chan says:

    Congratss.. Sama la cm saya.. 7 years jugak perut kosongg .. Aummm

    0

    0
  8. omg says:

    so sweeettt. tahniah ! alhamdulillah..
    suka tengok pasangan gini. suak tengok berita gembira bgini. NAR bykkn berita gembira mcm ni ya, bukan berita sedih sendu sedan

    0

    0
  9. anon says:

    Selagi tak dpt anak lelaki, selagi tu lah dia akan try. Tu dia org pergi mekah mesti doakan nak anak lelaki. Dah adat dunia, kalau dpt anak perempuan, nak yg lelaki pulak. Kalau dpt yg lelaki, nak yg perempuan pulak. Mcm kawan aku dpt 6 anak lelaki, luckily yg ke 7 dpt girl….Kalau tak dpt dua2, kita akan rase mcm tak lengkap… Ape2 pun congrats……hope its a boy this time…

    0

    0
  10. dora says:

    Tahniah…suka dia ni dari raja azura yg suka ckp menjerit2 cam pompuan kena histeria…

    0

    0