(TAHNIAH) Shaheizy Sam Sahkan Syatilla Melvin Sedang Hamil

Hiburan

(TAHNIAH) Shaheizy Sam Sahkan Syatilla Melvin Sedang Hamil

Tahniah kami ucapan kepada pelakon Shaheizy Sam yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya Syatilla Melvin kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.

Advertisement

Berita itu disahkan oleh Sam sendiri. Namun, beliau buat masa ini enggan memberikan butiran lanjut mengenai kehamilan berkenaan kerana ia masih lagi di peringkat awal.

Sam pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur atas kurniaan indah ini dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.

Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling. Namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal.

Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan doakan yang terbaik buat kami berdua.

Ada khabar angin mengatakan usia kandungan Syatilla sebenarnya sudah memasuki bulan kedua.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari lepas di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas 6 tahun berkenalan.

Sumber Berita : Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...