Written by Bella | August 25th, 2016

Keterujaan untuk menimang cahaya mata memang tidak boleh digambarkan, itulah yang dirasai oleh pelakon Shah Jaszle yang bakal menerima kehadiran anak kedua pada tahun depan apabila isterinya Hanis Husna, kini disahkan hamil 5 bulan dan bakal bersalin pada bulan Januari 2017.

Apa yang membuatkan Shah lebih seronok ialah ketika doktor memberitahu jantina janin didalam kandungan adalah lelaki.

Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tidak menjangkakan kehamilan kedua ini namun kami bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah.

Saya lebih teruja daripada terkejut apabila doktor mengesahkan jantina bayi kedua kami adalah lelaki. Saya memang mahukan anak lelaki dan Alhamdulillah hasrat itu dimakbulkan, Insya-Allah selepas ini saya ada teman.

Sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Alana Jasmeen Jaszle yang kini sudah berusia 8 bulan, Shah akui kehidupan beliau sudah berubah. Apa yang beliau lakukan kini semata-mata untuk anaknya dan masa depan mereka.

Alhamdulillah mempunyai anak adalah satu perubahan yang cukup besar dalam hidup dan apa yang saya lakukan kini adalah untuk mereka.

Saya perlu bekerja keras demi anak-anak agar masa depan mereka terjamin.

Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan isterinya. Semoga segalanya berjalan lancar sehinggalah detik melahirkan nanti.

Sumber Berita : mStar Online

13 responses to (TAHNIAH) Shah Jaszle Bakal Timang Anak Kedua Tahun Depan

  1. kakikucinghitam says:

    cantik wife die. tahniah! #lupakanhallamasemuamanusiabuatsilap

    0

    0
  2. buku baru says:

    nampak dia dh matured slps kahwin. jaga family baik2.

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    comel nyer anak dia….untung la dpt sepasang lepas ni.

    0

    0
  4. Abg jambang says:

    Senyap dah dia ni sejak2 kawen… Anyway tahniah.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ni mesti abes2 pantang terus sangkot..hihi.. tahniah

    0

    0
  6. hcubeshop says:

    tahniah buat pasangan ini..semoga berkekalan^-^

    0

    0
  7. entah says:

    Surprise!!!! anak dia baru 8 bulan dah boleh berjalan ok. amazing kan? nampak macam budak besar dah anak dia. betul ke ni tak salah kira?

    0

    0
    • B says:

      Xbaik tau kata camtu. Ade je budak 8 bulan dah pandai jalan dah. Xcaye tgk utube channel kkandbabyj. Klau betoi pon.. past is past.. at least dorg x gugurkan anak tu.. at least die tetap jaga anak die, kahwin dengan isteri die.. susah nak jumpe laki camni skang ni.. kau tgk lah bsepah baby2 kene buang tepi sana sini.. sedih tau tgk..

      0

      0
    • shhh says:

      anak buah sy pn cpt berjalan, umur 7 blb lbh. depends ats budak okay. kita ni bersangka baik dh la xpyh ckp byk

      0

      0
  8. chetaktaulah says:

    yg aku perasan sangat2…
    member nie muka bolatttt…
    dah put on weight kot….
    Kata ohh…rang…
    Prosperous…
    Thumbs Up…!!!

    0

    0
  9. zalehah says:

    awak pon tgk kkandbabyj ,,, hihihi

    0

    0
  10. salamat munak says:

    Shah Jaszle, sila jaga badan awk yg dah mcm LEMBU tue…sekian~

    0

    0