Written by AbangNara | September 6th, 2017

Wow. Serius Abang Nara bangga dengan kejayaan filem Abang Long Fadil 2 ini. Selepas 13 hari, jumlah kutipan arahan Syafiq Yusof ini telah berjaya mengutip RM13 juta. Ini satu angka yang amat memberangsangkan. Untuk makluman, filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Wak Doyok, AC Mizal, Syamsul Yusof dan Tania Hudson ini telah mula ditayangkan di pawagam pada 23 Ogos lalu.

kutipan filem abang long fadil 2

Apa yang lebih mengkagumkan ialah sehingga kelmarin, Abang Long Fadil 2 masih menduduki tangga pertama dalam carta ‘box office’ mengatasi judul antarabangsa bagi filem yang ditayangkan dalam tempoh dua minggu. Pergh, bukan calang-calang kehebatan filem ini. Di kala filem seperti Pencuri Hati Mr Cinderella hanya mengutip kurang dari RM100,000, filem Abang Long Fadil 2 ini menunjukkan bahawa filem tempatan masih ada tempat di hati para penonton sekiranya ia diadun dan disajikan mengikut selera rakyat Malaysia.

kutipan filem abang long fadil 2

Apa pun, filem Abang Long Fadil 2 akan terus ditayangkan di pawagam di dalam masa terdekat ini. Jadi sekiranya anda belum berkesempatan menontonnya, sila jangan lepaskan peluang ini. Berdasarkan review di laman sosial, memang filem Abang Long Fadil penuh aksi, penuh kejutan dan penuh gelak ketawa. Semoga filem ini akan berjaya mengatasi kutipan Polis Evo yang ditayangkan tahun lalu mencatat kadar jualan tiket terbanyak iaitu RM17,740,000. Tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat menjayakan filem Abang Long Fadil 2. Sumber Berita Harian.

61 responses to (TAHNIAH)Selepas 13 Hari, Abang Long Fadil 2 Kutip RM13 Juta

  1. wekkkkkkk says:

    nmpknya skrg rakyat malaysia suka citer “action & funny”..bukan citer lemah gemalai, rayu2 dan gatai2..

    35

    0
    • kreuk says:

      sebab cerita2 “lemah gemalai, rayu2 dan gatai2..” dah ada belambak kat tv. tak berbaloi pi wayang bayar tgk benda yg dah ada kat tv haha~

      21

      0
      • Penonton ALF2 says:

        Citer ni… adik aku ajak pi tgk..
        masa tgh iklan ada mamat muka mcm mafia duduk betul2 sebelah seat aku.
        Badan mcm bouncer… dia jeling aku dgn muka masam… pastu peluk tubuh..

        Aku mcm nak muntah beb… bau badan dia ke… tiak dia ke..
        Masam giler.. mcm tuala basah kena kencing dewasa disimpan 18 hari dalam kotak… gila khinzir punya busuk…
        Aku yg tgh makan popcorn rasa nak terkeluar balik… loya nak mampos..
        aku pikir cam mana nak tahan 2 jam sblh si bacin ni?
        Harap muka ganas tapi bacin…

        Lepas citer start aku punya khusyuk… dengan bantai gelak tak hengat dunia..
        aku langsung tak sedar pasal bacin mahupun loya…
        habis je cerita baru la aku terbau semula bacin dia..
        Begitulah penangan Abg Long Fadil 2

        5

        5
        • Anonymous says:

          pergh! brape skop production byr ko ni dik?? ketara sgt bohong storylinenye

          10

          0
        • melati says:

          Penonton ALF2 September 7, 2017 at 8;39 am.. mesti ko tgh minum air ketom semasa menulis ni kan..!!! ALF2 sampah masyarakat jer Tgk ..Filem takder kemajuan…yg Juta kutipan tu anggap lah lawak bodoh tahun 2017..!!!!

          1

          1
        • tak penah try jgn pandai ckp says:

          melati
          says: September 7, 2017 at 12:56 pm

          melati, air ketum kalau minum di waktu filem nk tayangkan tu, kesannya belum dtg, kesannya dtg hanya selepas wayang habis. Berapa jm citer tu. Itupun bergantung pada air ketum tu ori ke atau campuran.heheheheheheh

          0

          0
      • Mat Terengganu suka nasi ayam says:

        x sempat lagi tgk wayang… tapi aku baca review org ckp best. lepas tu aku terbaca sinopsis yg A.Galak dgn Wak Doyok ni jadi bapak dgn anak org jahat ..terus aku gelak.. sebab duk imagine cam mana lah 2 org tu dgn misai nyer lagi berlakon jahat. Film ni masuk dlm list aku utk tgk wayang. Sebenarnya byk lagi citer kat wayang aku nk tgk tapi x der masa… so aku download jer lah.

        1

        2
    • Anonymous says:

      soalnya btol 13 juta tu. bkn ape, aku tgk movie kat area KV nie …tak la laku mana tiket abg long fadhil nie. tp alih2 13 juta. annanbelle, tu mmg laku keras la.

      7

      0
      • Mimo says:

        Untuk pengetahuan korang semua, korang buleh check kat Finas punya website (www.finas.gov.my) then click kat Malaysian Box Office. SEMUA jenis tayangan filem kat Malaysia ni and jumlah kutipan ticket semua ada tulis kat situ and aku tengok last diorang update data and website on 27 August lepas. So korang buleh tengok dari situ je.. Finas tak menipu ye tu mmg dari auditor. Aku tahu sebab aku kerja bahagian perfileman dulu.

        Tapi yg paling takleh blah filem PENCURI HATI MR CINDERELLA, pengarah Ahmad Idham dah habis tayangan just kutip RM18,864.50. Agak agak la nak menipu rm100 ribu hahaha. Tak logic pula rasa if selebihnya dari Astro First.. Manakala untuk filem ABANG LONG FADIL 2 setakat 27 August (website Finas) kutipan sebanyak RM 4,350,610.00. Kalau ikutkan start tayangan 23 August lebih kurang 5 hari dah tayangan dah 4.3juta, so now dah lebih 10 hari tayangan kalau sejuta satu hari logic la kot dah 13 juta kutipan untuk 15 hari. So nanti kita tengok lagi update Finas lagi seminggu betul ke tak tayangan RM13 juta atau diorang just announce nak bagi nampak gempak supaya netizen pergi tengok hahah

        8

        0
      • milah says:

        cehhh… kwn aku 5 kali dah gi tgk, ni pon nak gi lagi katanya. ko kalau pengikut citer luar xyah nak kondem citer melayu.

        4

        1
        • Anonymous says:

          bukan kondem la…tp komen. aku follow citer luar tu hak aku la minah…tp aku KOMEN jualan tiket. tak caya? ko pegi berdiri kat tiket kaunter & survey sendiri jualan tiket mana yang laku compare to citer abg long fadhil ni. jgn nak publisiti sampai menipu. org kita jgk yg dibodhkan akhirnya..salah sorangnya ko & kwn ko yg konon dah tgk 5 x tu ler.

          2

          2
        • buekk says:

          5 kali tgok…( mak bapak ada bagi duit bulanan x).

          0

          0
    • Anonymous says:

      abes tu? rakyat mana yag dok layan citer jam 7 slot akasia? dok terjerit2 layan aktor2 korea yang sah2 jambu & lemah gemalai tu ye?emmm

      1

      2
  2. wawa says:

    kalau nampak A. Galak, mmg tahu ni cerita dari Skop production…hehe…A. Galak ada dalam setiap cerita bwh skop production..

    17

    0
  3. Mak Becok says:

    Buat tatapan orang minda cetek, tahniah ramai yg sanggup membuang duit untuk cite bodoh.

    13

    12
    • Abah Kau says:

      Bodoh lagi kau sebab duduk Malaysia

      2

      10
      • Anonymous says:

        kat mat salleh / bangsa europa…dok malaysia ni la heaven. happening 24/7. nak makan, berlibur, shopping, santai, nak p pantai/laut etc…semua 24/7 heaven tu beb! ko pegi la negara lain, tak terperap dlm umah sbb winter..takut nak kuar sbb byk bom! ko la yang BODOH sbb tak bersyukur dok malaysia. nyah la ko dr malaysia.

        12

        0
    • serene says:

      MAK BECOK…..cukup menyampah dgn manusia mcm ko ni yang merasa diri tu pandai. Org yg pergi tengok tu bknnya menghabiskan duit ko pun. So shut up and mind your own business. Kalau kau tu cerdik sngat, yakde lah pulak kau nak baca blog bawahan BN ni.

      2

      0
  4. Mak Doyok says:

    Dua kali aku tengok, memang tak rugi <3

    13

    1
  5. nok gebuzzz says:

    x sangka filem melayu masih boleh diminati..janji cerita jgn jiwang2 mcm “pencuri hari mrcinderella…”yg bakal nak keluar lagi ni ape ek remy ishak dgn sape tah…rase x pecah panggung tu,”kau yg satu” pon x box office…jln cerita tu yg penting…tahniah pd shafiq yusof.

    17

    0
  6. Abah Kau says:

    Bodoh lagi kau sebab duduk Malaysia

    1

    6
  7. shopia lorren says:

    Boleh lh kann..kita hidup realiti dah mmg tegang ngan masalah,baik yg kaya atau yg x berapa ada nie, takat berhibur filem citer2 bodoh lucu nie kdg2 leh layan jgk.

    Cer tengok filem mat sentul tu x logik akal kan, tapi tu lh yg wat kita gelak guling2…

    11

    0
  8. El says:

    Sehebat mane filem filem skor production ni, tiap keluar pawagam, berjuta ringgit katenye

    5

    0
  9. Ugly Nara says:

    Idham kang meroyan nampak Abang Long Fadil kutip 13 juta sedangkan Pencuri Hati Mr. Cinderella less than 100K. Nampak poster pun dah tau mana satu filem yang bermutu.

    4

    2
  10. nyonya says:

    Tahniah syafiq… pengalaman lepas dijadikan sempadan dan membuktikan awak sama handal dlm bidang pengarahan.

    3

    0
  11. melati says:

    Bukan nya Cemburu , tapi agak2 lah nk menipu pun..!!! bukan nya Rakyat Malaysia buta IT @ Buta huruf….hmmmmmmmmm..org terencat akal jer percaya..!!

    5

    3
    • Anonymous says:

      macam mana nak check berapa kutipan dia setakat ni? google je ke kutipan cerita blablabla sehingga tarikh ini? maaf saya rabun IT.

      0

      2
      • melati says:

        Anonmous September 7, at 8:21 am kalau Citer bagus mesti lah ada dlm You tube org beratur panjang membeli tiket cam org nk tgk Malaysia vs Thailand tempohari, ni dlm berita pun pun takder tetiba jer Kutipan 13 juta…itulah maksud nya IT….termasuk lah ko pun bukan Rabun tapi Bodoh , sebab tu lah ko sembunyi nama sebab Ko pun Rabun ko anak Mak ko @ anak scandal….hmmmmmmm

        1

        2
        • milah says:

          melati, kau ni tak masuk ajaran mak bapak kau ke, atau mmg mak bapak kau kurang ajar kau..?

          2

          0
        • Anonymous says:

          melati, sembunyi nama sebab bodoh? okay nama penuh kau melati binti apa? ke kau guna nama tipu sebab kau pun sama bodoh?

          0

          0
  12. pemerhati says:

    satu benda je aku tak suka. plakon utama pompuan tu. dia blakon mcm off sgt, ntah napa. xde org lain ke haihhh

    8

    0
  13. melati says:

    lagi 1 ..saya tgk mamat berjanggut tu pun dh Geli , ditambah plak sikemetot telinga gajah tu..!!! eeeeeee geli nya….yg bertambah Geli Hati Kutipan 13 juta…13 hari tayangan..yg percaya pun penghuni Tanjung Rambutan & Penghuni Tampoi…..waakakakakakakaaaa

    2

    3
    • shopia lorren says:

      Kih kih kih..logik gak kata u melati..
      cer ask bang nara …tul 13juta ke 1.3juta ke 130k ke atau 13k…lau tul 13juta sah sah hebat ni… 1 hari sejuta viviiittt !!! Syabas Syafiq !!!

      Kan bang Nara spek tebal giler..

      1

      1
      • Anonymous says:

        tgk kat link bawah ni… oficial data
        http://www.finas.gov.my/malaysian-box-office/

        2

        0
      • Chohkri Yulis. says:

        bagi aku cerita ni bese je. Cume olahan dia tbaik….amik tema pe pn…klu pandai olah mmg bgus…..pastu sumbangan production, pelakon n krew2 tlibat…bkn mcm drama pkl 7 tu. Camtu gk cmne jd kt crita boboiboy. Klu melodi lgu sedap tp klu lirik n production teruk x gune gak.

        Kt negara len….byk crita dia dgn pelbagai tema bagus. Aku tgk kt malaysia ni pandai wat kisah cinta je. Pastu de la selit2 crita len. Pe2 pn tahniahla.

        Mukin media massa bleh bodek crita ni n bri komen positif tp xleh halang komen jujur netizen dan penulis2 tak bertauliah.

        1

        0
    • milah says:

      melati ni mesti ahmad idham kot..? ataupun dulu gila meroyan nakkan syafiq atau samsul, bila kene reject otak jadi tak betul.

      0

      0
  14. melati says:

    kalau lah Filem ni kt GSC Pavilion… memang amat memalukan …dh takder Class lagi GSC Pavilion KL…!!

    2

    2
  15. Anonymous says:

    yg ni xde org kutuk poster mcm iluminati ker?? tuhaaa..ade segi tiga ada mata..sbb tu cite ni laku juta2 cita pencuri hati entah hape2 tu x laku..

    0

    4
  16. Anonymous says:

    Tertengok cite drama tv3 suku.. rasa nak tampar aku muka alif aziz tu.. shit u alif..

    2

    1
  17. nanu says:

    A galak warna rambut ke. pergh rock la pacik nih

    0

    0
  18. anon says:

    yg paling beriye riye …acah acah lepas dpt offer belakon pilem…suib ..
    lelama meluatsss

    1

    0
  19. mcm2 says:

    bila shamsul yusof nk bt filem tentang sorang hero menentang Pihak berkuasa & menteri2 rasuah yg menyusahkan rkyat?.??

    1

    1
    • Anonymous says:

      awak pergi tengok cerita korea jelah….byk storyline action politic macam tu, nak harapkan malaysia buat macam x jer sebab dulu ada berita x dibenarkan buat cerita pasal keburukan menteri… awak faham2 jelah.

      3

      0
    • Anonymous says:

      citer bollywood pon dah ada. cth citer traffic yg tgh tayang kat astro 251. menarik beb!

      0

      0
    • jom nyanyi lagu patriotik sayang says:

      lembaga penapisan filem akan sekat filem camtu daripada ditayangkan di pawagam malaysia. mana boleh menentang kerajaan.. mesti puji memanjang je.. hanya memuji dibenarkan. mengutuk semua tu biarlah pendam dalam hati.. tak perlu diwar-warkan sangat..

      btw, genre filem anti kerajaan ni ada di bollywood, hollywood.. malaysia belum ada lagi production company yang berani mati produce filem provokasi sebegitu.. giler ke kau nak cari kontroversi.. syukurlah malaysia masih aman yop..

      1

      0
  20. Anonymous says:

    cerita sampah sarap

    0

    0
  21. anonymous says:

    13 JUTA ? ??????????

    cer amik video cikit..zaman ni kan zaman semua nak viral nak live….cer live di setiap panggung wayang kat msia ni yang queue dia panjang macam nak tengok bola..kekonon 13 juta!

    3

    0
    • Anonymous says:

      kannnnn……

      0

      0
    • mood kl2017 happening says:

      panggung wayang mana yang sesak orang beratur nak beli tiket abang long fadil 2? 13 juta dalam 13 hari?? sambung dari cuti sekolah minggu lepas.. setahu aku orang malaysia mood sukan sea.. pergi venue kl2017.. haritu final bola sepak 80 ribu penonton di stadium shah alam.. beratur beli tiket dari jam 1 pagi.. ko rasa?? dapat pingat perak pun, penonton puas hati.. semangat kesukanan ok.. ada menang ada kalah.. opening ceremony dengan closing ceremony pun penuh stadium nasional bukit jalil.. penonton sanggup booking hotel demi kl2017. yang peliknya.. bila masa pulak orang duduk dalam panggung 2 jam bayar tiket 11 hengget demi filem abang long fadil 2?? ke propa je lebih ni..

      0

      0
      • wekkkkkkk says:

        utk promosi. Bila org bercerita dn bila dgr khabar citer tu best, maka org pun terbatal buat temujanji lain dn terus ke panggung tgok citer ALF2.
        Ini promosi je.

        0

        0
  22. Anonymous says:

    bila ada ac scammer yg lain pun main juta2…sekarang boy iman pulak menipu jual rumah mampu milik ala mlm…..dah masuk tv3 dah DBI Properties tu tipu duit orang…jaga2 jual agama jual nama bangsa…padahal bg lingkup

    0

    0
    • buletin tv tiga suku pun ko tengok says:

      tv3 bukan agensi kerajaan.. walaupun media prima tu glc. masyuk punya pasal, segmen multi-level marketing pun boleh muncul dalam buletin utama primetime jutaan rakyat malaysia menonton..

      yang pasti MLM scammer tu tak masuk tv1 tv2.. so siapa yang terpedaya dengan MLM kerana menonton tv3.. berani buat berani tanggung la.. tv3 ni stesen swasta so ada agenda dan KPI yang perlu dicapai.. tak pelik kenapa setiap hari buletin utama peruntukkan 30% airtime untuk liputan berita forex, mahathir, anwar ibrahim?? sebab ada pelobi.. ko bukak tv1 berita tu sepintas lalu je.. tv3 je punya exaggerate masyaallah.. berita tv9 ntv7 8tv 30 minit memang tak cukup masa nak cerita lama-lama pasal politik.. so siapa yang minat dengan berita sensasi politik tanah air, bukaklah tv3 setiap hari pukul 8 malam ye.. penyampai berita akan mengakhiri berita dengan bangganya, terima kasih kerana anda menjadi antara lebih 2 juta penonton setia buletin utama.. gitu kekdahnya.. marketing catchphrase..

      2

      0

Leave a Comment

Optional