Written by Bella | January 15th, 2016

Semalam kami ada memaparkan artikel dimana pelakon Sara Ali tampak sungguh manis ketika bertudung.

Hari ini kami terima berita yang cukup gembira apabila Sara mengakui beliau kini sudah berhijab sepenuhnya.

Malah, beliau sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat.

Selama ini saya tak bertudung demi periuk nasi dan kelangsungan hidup di dalam dunia seni. Ia pilihan sendiri.

Bagaimana pula jika saya bertudung dan persoalan susah untuk cari makan mula bermain di fikiran. Tetapi tanpa desakan sesiapa saya bulatkan hati untuk bertudung. Saya percaya ini terjadi atas “desakan-Nya”.

Walaupun sudah berhijab, ia tidak bermakan Sara akan terus berhenti daripada bidang seni.

Jika industri seni masih mahu saya berlakon tapi dengan cara kini (bertudung), saya terima. Jika sebaliknya tak apa. Lakonan sudah sebati dalam diri.

Industri ini yang buatkan saya lakukannya demi duit. Jiwa memberontak. Jadi saya takkan berhenti dan anggap inilah permulaan untuk buka langkah baru yang lebih baik.

Alhamdullillah, berita yang sangat positif pada hari Jumaat yang penuh keberkatan. Sama-sama kita doakan Sara Ali kekal dengan imej terbaharunya ini.

Sumber Berita: BH ONLINE

13 responses to (TAHNIAH) Sara Ali Kini Sah Berhijab Sepenuhnya

  1. Anonymous says:

    Tahniah sara ali. Alhamdulillah semakin ramai artis wanita terbuka hati untuk memakai tudung. Tapi pakailah tudung kerana Allah. Jangan pakai tudung singkat, baju ketat, tak manis dan mengundang fitnah bagi orang yang pandang. Umat islam makin lama makin terpesong akidah disebabkan lemah iman dan terpesona dengan keindahan dunia. Lihat daja apa berlaku sekarang di indonesia. Bilangan umat islam paling ramai di mana? Tentunya di indonesia. New world order sekarang srdang dirancang dan berhati hatilah umat islam sekalian. Dunia sudah tidak aman. Manusia makin memberontak. Semoga Allah kuatkan iman kita dan tidak tertipu dengan helah perosak manusia iaitu pengikut dajjal.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    jangan bertudung sebab rambut dah nipis, sudah laa. okbai

    0

    0
  3. gigi emas says:

    Taniah, lagi sorang telah megikuti ajaran Kristian…..musuh Islam telah menyesat umat hanya dengan tudung saja…….

    0

    0
  4. Bonda says:

    Bagus lah tu Sara Ali. Aku tengok kepala kau pun dah nak botak tu, dah tua. Rambut jarang jarang. Alhamdulillah pakai tudung.

    0

    0
  5. timah says:

    bagus lah dah bertudung, cover rambut kau yg jarang jarang tu.. sekangkang kera je aku tgk

    0

    0
  6. Anonymous says:

    msg2 mulut mcm puaka

    0

    0
  7. Rasdam Mewangi says:

    Jangan bertudung sebab FESYEN sudah.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      dia bertudung kan pasal rambut dia dh kurang..nk pakai rambut palsu nanti peminat kutok nk tk nk emm terpaksa la bertudung jadi dapat pujian dari peminatt..

      0

      0
      • Anonymous says:

        minah jambu terlajak habis – jambu terlajak per lu minah? tapi mulut bau longkang, otak tin kosong berkarat…bodoh per ko ni? kalau ko ader masalah rambut yang dah kurang, takyah nak samakan orang mcm ko….tak semua orang berfikiran cam ko……rambut kurang jer pakai tudung? lawak la ko ni minah!

        0

        0
  8. Selua panjang says:

    Alhamdulilah..ignore the haters..saya tetap menyokong kamu sara ali..wish u all the best!!!

    0

    0
  9. win says:

    dri dulu minat sara ni… style cool je .. walaupun dh pakai tudung tetap cool . . xde menggedik gedik mcm artis2 lain tu. .

    0

    0