Written by AbangNara | November 12th, 2014

Hubungan antara Sam Bunkface dan Aida Azira yang merupakan seorang penerbit rancangan di TV3 bukanlah satu rahsia lagi. Mereka baru-baru ini telah pergi bercuti bersama-sama di Pulau Tioman bersama keluarga. Dalam diam rupa-rupanya Sam dan Aida telah pun mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu. Jutaan tahniah diucapkan buat anda berdua atas berita gembira ini.

sam bunkface dan tunang

Majlis pertunangan pasangan merpati 2 sejoli ini telah berlangsung di Masjid Tanah Melaka dengan dihadiri oleh keluarga terdekat. Untuk makluman, Sam dan Aida masing-masing berusia 27 tahun. Molek benarlah tue dah buat perancangan untuk bergelar suami isteri. Kata Sam:-

Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan.

Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya. Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak.

sam bunkface dan tunang

Tahniah sekali lagi buat Sam dan Aida. Banyakkan bersabar di fasa pertunangan ini. Darah tengah manis. Jangan terlalu mengikut emosi. Semoga anda berdua akan disatukan sebagai suami isteri mengikut apa yang telah dirancang. Sumber Mstar Online.

19 responses to (TAHNIAH)Sam Bunkface Telah Bertunang Dengan Aida Azira

  1. hui says:

    mak aiii

    0

    0
    • Abang jailani says:

      Lepas tunang musti bangga mak bapak Aida Azira. Anak dah dapat lesen besar P ~ lesen PELUK untuk tunang yang tak ada tarikh nikah.
      Dah besar anak abah…. meh abang peluk meh…

      0

      0
  2. aku says:

    Lain kali jagalah aurat antara lelaki n perempuan.bercakap saja2 dgn bukn muhrim pun dh haram..apalagi berpeluk sakan..kawin je cpt2,tak sakit mata memandang..

    0

    0
  3. poyos la says:

    gaya mcm da kawen jer..so xnmpk plk fungsi btunang tuk per lgik…klu da sme2 bujang nikah lgi bgus dpt pahala peluk sne sni..ok baiii sbb x mint mamat ni..

    0

    0
  4. Jenab says:

    Punah hati nab ..congrates sam !

    0

    0
  5. Mat K says:

    Aih dah berpeluk dahhh…

    0

    0
  6. anon says:

    Sam ni hensem tapi kenapa wat rambut mcm tu….neway congrats

    0

    0
  7. eton says:

    baju uptown je baju tunang dia….ok la tu kan, kihkih

    0

    0
  8. IKA says:

    rambot dah macam jim carrey masa movie dumb and dumberer. mcm bangang

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Sama cantik sama padan. Umur sebaya . Sama2 bujang. Tahniah. Yg penting tak kacau isteri orang atau suami orang.

    0

    0
  10. minah jambu merah biru says:

    terok nyeee cian..

    0

    0
  11. piston pecah says:

    dari sahabat sehingga jadi kekasih….

    baru tunang, tak molek peluk-peluk gitu… huhu

    0

    0
  12. Kalau boleh sblm ade ikatan yg sah tu bergambar la jauh2..dah mcm suami isteri pulak bile bergmbr mcm tu..belum halal tu sam woooi

    0

    0