(TAHNIAH) Saharul Ridzwan Sahkan Isteri Sudah Dua Bulan Hamil

Hiburan

(TAHNIAH) Saharul Ridzwan Sahkan Isteri Sudah Dua Bulan Hamil

Setelah lama bermain teka-teki dengan peminat berkaitan khabar angin kehamilan isterinya,Deena Emir,  pelakon Saharul Ridzwan hari ini mengesahkan Deena sedang hamil anak mereka yang pertama. Difahamkan, kandungan sudah pun berusia dua bulan.

Advertisement

Menurut Saharul, beliau sebelum ini enggan berkongsi berita gembira itu bersama peminat kerana kehamilan isterinya itu masih lagi baharu dan mengakui bimbang jika ada apa-apa yang berlaku pada peringkat awal kehamilan.

Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keadaan isteri kini yang berbadan dua. Pada usia kandungan sekarang pun, beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Perhatian saya kepadanya juga semakin bertambah dan saya yakin, ia perkara biasa.

Saya juga mula menasihatinya supaya tidak melakukan kerja berat.  Sehingga kini beliau masih bekerja di butik miliknya. Begitupun memang tiada lagi kerja berat yang dilakukannya.

Bakal menunaikan umrah tahun depan bersama Deena, Saharul tidak pernah menyangka bahawa ia akan turut disertai “orang ketiga”.

Nampaknya, kami akan ke sana bertiga. Mulanya, bimbang juga dengan kandungan isteri yang akan memasuki bulan keempat apabila kami terbang ke sana nanti.

Begitupun, selepas bertanyakan pada ustaz dan mereka yang lebih arif, perkara itu tidak perlu dibimbangkan. Malah, setakat ini juga saya berkemungkinan besar akan melakukan umrah bersama isteri hanya sekali. Kita tengok dulu keadaannya.

Tahniah kami ucapkan kepada Saharul Ridzwan dan Deena Emir. Harapnya dengan kehadiran cahaya mata pertama nanti akan menyerikan lagi rumah tangga anda berdua. Semoga proses kehamilan dan bersalin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...