Written by Bella | December 15th, 2016

Setelah lama bermain teka-teki dengan peminat berkaitan khabar angin kehamilan isterinya,Deena Emir,  pelakon Saharul Ridzwan hari ini mengesahkan Deena sedang hamil anak mereka yang pertama. Difahamkan, kandungan sudah pun berusia dua bulan.

Menurut Saharul, beliau sebelum ini enggan berkongsi berita gembira itu bersama peminat kerana kehamilan isterinya itu masih lagi baharu dan mengakui bimbang jika ada apa-apa yang berlaku pada peringkat awal kehamilan.

Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keadaan isteri kini yang berbadan dua. Pada usia kandungan sekarang pun, beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Perhatian saya kepadanya juga semakin bertambah dan saya yakin, ia perkara biasa.

Saya juga mula menasihatinya supaya tidak melakukan kerja berat.  Sehingga kini beliau masih bekerja di butik miliknya. Begitupun memang tiada lagi kerja berat yang dilakukannya.

Bakal menunaikan umrah tahun depan bersama Deena, Saharul tidak pernah menyangka bahawa ia akan turut disertai “orang ketiga”.

Nampaknya, kami akan ke sana bertiga. Mulanya, bimbang juga dengan kandungan isteri yang akan memasuki bulan keempat apabila kami terbang ke sana nanti.

Begitupun, selepas bertanyakan pada ustaz dan mereka yang lebih arif, perkara itu tidak perlu dibimbangkan. Malah, setakat ini juga saya berkemungkinan besar akan melakukan umrah bersama isteri hanya sekali. Kita tengok dulu keadaannya.

Tahniah kami ucapkan kepada Saharul Ridzwan dan Deena Emir. Harapnya dengan kehadiran cahaya mata pertama nanti akan menyerikan lagi rumah tangga anda berdua. Semoga proses kehamilan dan bersalin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

16 responses to (TAHNIAH) Saharul Ridzwan Sahkan Isteri Sudah Dua Bulan Hamil

  1. Anonymous says:

    alahhh..hero teh tanpa gula lagi bersuam.

    8

    0
  2. kinah says:

    mamat ni…. alahai. level si johan ashaari, dazrin, ammar baharin, nadzim othman dan accapan jew.

    8

    0
  3. Anonymous says:

    game over.
    sila buka business.
    thanks. c ya…

    7

    1
  4. akulah aku says:

    Aku rasa ni entah keberapa kali dah entri pasal bini saharul hamil.
    -Isteri Saharul Ridzwan Hamil?
    -Bila Tiba Masa Yang Sesuai Saya Akan Kongsi Berita Gembira – Saharul Ridzwan
    -Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

    Point nya pasal bini dia hamil.

    26

    0
  5. dee says:

    boleh ke pergi umrah kalau pregnant? sebab injection tu tak boleh dibuat pada wanita hamil.

    1

    0
  6. Anonymous says:

    Baru sangat lagi kandungan tu…tak payahlah nak heboh satu Malaysia. Mcm macam boleh terjadi. Kalau nak bagi tahu pun tunggulah sampai kandungan dah kukuh sikit. Bukan mendoakan tapi memang begitu org tua tua selalu cakap.

    4

    0
    • Anonymous says:

      kalau apa2 terjadi pun tu Allah yang tentukan. Kalau gugur pun apa masalah? perkara memalukan ke?

      1

      0
  7. Anonymous says:

    booooring..mamat poyo..
    dari sebelum kawen sampai la isteri dah mengandung..tak abis2 poyo dia..

    12

    0
  8. kelembai says:

    boooringggg….mamat poyo.
    dari sebelum kawen sampai bini mengandung tak abis2 poyo dia..
    eh koserrr la..

    4

    0
  9. ala....nak says:

    hehehehe……
    keretapi LAju….!!!

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Alhamdulillah..semoga diri ini menyusul..aamiin

    0

    0
  11. Mek Ti says:

    WOW!! Hebatnya Senjata Saharul Ridzwan.. hahahhahaha

    2

    0
  12. Jiji says:

    Knapa lepas kahwin jadi cam so so dah… hmm..kena cari koje lain le

    0

    0