Written by Bella | September 16th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Saharul Ridzwan yang telah sah bergelar suami kepada Deena Emir hanya dengan sekali lafaz kira-kira  jam 9.47 pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki.  Saharul telah menyerahkan mas kahwin RM300 dan turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran. Walaubagaimanapun, jumlah hantaran perkahwinan mereka dirahsiakan.

Majlis tertutup itu berjalan dengan lancar danhanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua mempelai dan rakan terdekat sahaja.

Saharul meluahkan rasa syukur kerana segala perancangan perkahwinan beliau berlangsung dengan baik.

Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab dan amanah ni dengan sebaik-baiknya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada sebelah petang ini di Dewan Sri Siantan Putrajaya. Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada  hari Ahad di Shah Alam.

Sumber Berita : mStar Online

3 responses to (TAHNIAH) Saharul Ridzwan Sah Bergelar Suami Kepada Deena Emir

  1. hcubeshop says:

    Alhamdulillah..tahniah buat Saharul Ridzwan kerana telah sah bergelar suami

    0

    0
  2. hot ke says:

    ….tahniah buat saharul ridzwan dan isteri…

    0

    0
  3. :') says:

    Tahniah ! :’)

    0

    0