(TAHNIAH)Rebecca Nur Islam Sah Bertudung, Dapat Hidayah Di Mekah

Hiburan

(TAHNIAH)Rebecca Nur Islam Sah Bertudung, Dapat Hidayah Di Mekah

Tahniah diucapkan buat Rebecca Nur Islam yang telah pun berhijrah dan kini memakai tudung. Rebecca telah mula berhijab sejak 31 Januari lalu ketika menunaikan umrah bersama suami dan ahli keluarganya. Selesa dengan pemakaian tudung sepanjang berada di Mekah, Rebecca nekad untuk mengekalkan imej tersebut selepas pulang ke tanah air.
rebecca nur islam bertudungComel kan Rebecca Nur Islam bertudung? Kata Rebecca kepada Mstar Online:-

Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab. Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah

Advertisement

rebecca nur islam bertudung

Semoga Rebecca kekalkan imej sebegini di masa hadapan. Perlahan-lahan lepas ini bolehlah kurangkan baju-baju yang ketat agar sesuai dengan penampilan terbaru. Memang wajah Rebecca nampak lebih berseri-seri dan sedap dipandang selepas bertudung. Tahniah sekali lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...