Written by Bella | February 29th, 2016

Penerbit terkenal Raja Azmi  sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali buat kali kedua selepas bercerai pada 11 November 2014.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diakan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana pada jam 10.15 tanggal 26 Februari 2016. Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.

Raja Azmi menerima wang hantaran sebanyak RM300 manakala tiada hantaran yang disediakan. Buat Raja Azmi beliau merasa syukur kerana diberikan peluang kedua untuk menjadi teman hidup Eddie dan berharap keputusan ini adalah yang terbaik buat mereka berdua.

Saya berharap ini adalah keputusan yang terbaik buat kami berdua.

Raja Azmi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain badminton terkenal Jalani Sidek sebelum bercerai pada 27 Jun 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 31, Puteri Suaida, 27, dan Megat Deli, 22.

Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK yang sebelum ini seorang duda selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohd Daniel, 24 dan Mohd Effy, 22.

Sumber Berita : mStar Online

7 responses to (TAHNIAH) Raja Azmi dan Eddie Selamat Diijabkabul Dengan Dua Kali Lafaz

  1. happiness is priority says:

    kak mie comel

    lepas ni jangan merajuk kuat sangat.. abang eddie sayangggg tuuuuu

    0

    0
  2. kaki tabur says:

    alamak..da tua2 masih buat perangai..malu la kt anak2…

    0

    0
  3. kiah ronggeng says:

    tengok kak mi simple je…x de berlukis inai bagi cam yatt…sama je pun status kak jan jugekkk….

    0

    0
  4. . says:

    kalau boleh tiap2 bulah buat kenduri kawin.mesti meriah perkahwinan.bila gersang je nak.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    brapa kali da kawen

    0

    0