Written by Bella | February 10th, 2016

Pelakon Faye Kusairi yang pernah membintangi drama popular Istikharah Cinta bersama Zul Ariffin mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya selepas menangguh hasratnya itu hampir sebulan demi kerja.

Walaubagaimanapun, Faye akhirnya merasa cukup lega kerana hajat beliau kini sudah menjadi kenyataan dan mempercayai Allah SWT telah mengaturkan perjalanan hidupnya dengan baik.

Saya sudah menyimpan hajat untuk bertudung sejak tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan hajat kerana terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, saya dapat menunaikan impian untuk berhijab.

Boleh dikatakan hajat dan niat saya ini dapat disempurnakan pada masa yang sesuai. Allah sudah menyusun jalan hidup saya sebaik mungkin.

Faye juga beberapa jam lepas sudah mula memuat naik foto beliau mengenak hijab di akaun Instagram miliknya.

Alhamdullilah, harapnya perubahan Faye Kusairi ke arah kebaikan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buat beliau.

Sumber Berita: BH ONLINE

13 responses to (TAHNIAH) Pelakon Faye Kusairi Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

  1. Anonymous says:

    Siapa ni

    0

    0
    • Kuss says:

      Takleh go la dia ni..
      Tak cantik & tak talented sgt.
      Tolg bersara dari dunia hiburan, mana tau boleh lagi success dlm bidang lain, lagi2 dah pakai tudung kan..
      Selamat moga jaya ya

      0

      0
  2. Anonymous says:

    cantik.. semoga terus istiqomah..

    0

    0
  3. hasbi says:

    Maaf,x kenal.mngkin sbb sy X PERNAH tgk even once slot2 drma baik tv3,astro yg dh sah2 jln cite sma je.tajuk pn x sah klu xde CINTA.,kn???

    0

    0
  4. minah jambu terlajak habis says:

    < saya memang simpan hajat nk bertudung semenjak tahun lalu < itu lah dorang akan cakap bila baru nk bertudung ..semua artis bertudung akan cakap macm tu..kalau nk bertudung tu bertudung aje lah tk payah nk cakap memang nk bertudung semenjak tahun lepas mengarot kan huh !!

    0

    0
  5. gigi emas says:

    lepas ni jangan komplen bila tak dapat tawaran berlakon……….

    0

    0
  6. no name says:

    Alhamdulillah…….

    0

    0
  7. Anonymous says:

    sori tak kenal

    0

    0
  8. mmmm says:

    Brtudung dn tutup aurat tu bkn impian…tp wajib tau dik..hmmmm…ayt klise artis…semoga trus istiqomah…

    0

    0