Written by Bella | July 30th, 2015

Penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia, Nubhan bakal bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Afifah Hidayah Taufek yang merupakan bakal doktor gigi pada 29 Ogos depan dalam satu majlis yang akan diadakan di Seremban.

Majlis  akad nikah yang bertempat di kediaman pihak perempuan akan diadakan secara sederhana dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan pihak media selepas solat Zuhur dan majlis resepsi pihak perempuan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30 Ogos dan pihak lelaki pada 31 Ogos di sebuah dewan di Kuala Pilah.

Alhamdulillah, selepas lebih 10 bulan mengikat tali pertunangan kami memilih untuk disatukan pada tarikh 29 Ogos iaitu pada hari Sabtu di Seremban. Setakat ini tetamu dianggarkan 2,000 orang termasuk keluarga, rakan-rakan terdekat, pihak media dan kenalan yang mengenali saya.

Saya dan keluarga buat sendiri perkahwinan ini, memang pada asalnya kami ambil perunding perkahwinan tetapi banyak sangat hal, jadi saya buat sendiri sahaja. Penaja pun banyak yang saya terpaksa tolak kerana susah nak berurusan. Saya tidak kisah sangat siapa yang ingin menaja perkahwinan saya tetapi biarlah orang itu ikhlas dan tidak banyak masalah.

Pada masa yang sama, Nubhan memberitahu beliau akan memberi wang hantaran berjumlah RM 20,000 dan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan. Nubhan dan Afifah Hidayah telah mengikat tali pertunangan pada 7 Oktober 2014.

Tahniah kami ucapkan kepada Nubhan dan Afifah semoga majlis pernikahan nanti berlangsung dengan meriah dan segala urusan dipermudahkan.  Selamat pengantin baru.

Sumber Berita: mStar Online

8 responses to (TAHNIAH) Nubhan Bakal Bernikah 29 Ogos Depan

  1. Lovelyvic says:

    Eh.. bila masa bertunang?

    0

    0
  2. rozi says:

    tahniah…..

    0

    0
  3. bobo says:

    Afifah tu masuk tkc lepasan pmr dlu. Dah la baru masuk tkc masa form 4 , buli junior, pnah buli ak jgak. Gedikkkkk pulakkk tu. Meluatt ak.

    0

    0
  4. Jemah says:

    Aku tgk pun meluat.perasan lebih je sheols ni!!!!

    0

    0
  5. jingle_jick says:

    owhh dokter gigi…patutla cantik je gigi tunang dia…sweet :)

    0

    0
  6. kiah pekasam says:

    Ala uolls ni…itu zaman muda remaja belia..memang la nakal..kiah dulu pon nakal – jantan keliling pinggang- sekarang kiah bertudung labuh berstokin sekali

    0

    0