(TAHNIAH)Noryn Aziz Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Hiburan

(TAHNIAH)Noryn Aziz Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Alhamdulillah. Akhirnya penantian Noryn Aziz untuk bergelar ibu sejak berkahwin dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pada Januari 2010 berakhir jua. Semalam Noryn telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Prince Court Medical Centre kira-kira jam 4.25 petang. Bayi comel ini telah dilahirkan dengan berat 3.13 kilogram. Tahniah Noryn dan Datuk Raja Kamarul.

anak noryn aziz

Advertisement

Buat anda yang tak sabar mahu menatap wajah si comel anak Noryn Aziz, diharap bersabar kerana ia mungkin akan dikongsikan selepas 7 hari. Kata Noryn Aziz menerusi Berita Harian:-

Masya-Allah, pengalaman bergelar ibu cukup indah dan mengujakan. Sangat manis untuk dikenang dan nikmat yang Tuhan berikan ini cukup bermakna. Gambar anak mungkin akan dikongsi selepas tujuh hari atau selepas pantang.

Nama anak pun setakat ini belum diputuskan lagi. Kami ada bertanya ustaz dalam mempertimbangkan nama yang dapat memberi maksud yang baik. Apa saya boleh cakap nama anak kami agak panjang juga.

noryn

Selamat menjaga anak Abang Nara ucapkan kepada Noryn dan suami. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang sangat manis dalam hidup anda. Apa pun, jaga kesihatan diri anda dan anak elok-elok. Semoga si comel akan membesar sebagai anak yang soleh. Tahniah sekali lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...