(TAHNIAH)Nik Ahmad Farhan Juara Da’i Musim Kedua

Hiburan

(TAHNIAH)Nik Ahmad Farhan Juara Da’i Musim Kedua

Semalam telah pun berlangsung episod akhir program Da’i musim kedua. Pelajar daripada Universiti Malaya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad telah dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM100,000. Pelajar jurusan Pendidikan Islam dan Pengajian al-Quran berusia 24 tahun ini telah menewaskan 2 lagi finalis lain iaitu penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Izzhar Ahmad Nazrui, 22 dan pelajar Usuluddin, Universiti Yarmouk , Jordan, Ammar Ismail, 25.

nik ahmad farhanFarhan sebelum ini telah dimasukkan ke hospital ketika program Da’i berlangsung akibat penyakit pneumothorax (keruntuhan paru-paru) pada minggu kelima.. Namun kalau sudah tertulis rezeki untuknya, Farhan bukan sahaja kembali sihat malah kini bergelar juara program Da’i Pendakwah Millenia ini. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Farhan sempena kemenangannya:-

Advertisement

Saya menangis kerana teringatkan Rasulullah SAW pernah dibaling batu ketika berjuang menegakkan syiar agama Islam. Namun dalam keadaan saya sekarang kerana dakwah agama itu berjaya membawa saya sehingga bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Semoga dengan kemenangan ini akan menguatkan lagi semangat Farhan yang berasal dari Kelantan serta rakan-rakannya yang lain untuk terus berdakwah. Tahniah diucapkan. Semoga terus maju jaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...